Manusia bertopengkan syaitan, bapa perkosa anak hingga mati

Manusia bertopengkan syaitan, bapa perkosa anak hingga mati. Kejadian tersebut belaku di Semarang Jawa Tengah Indonesia.

Seorang bapa yang tidak dapat menahan nafsu telah ditahan kerana memperkosa dan merogol anak kandungnya yang berumur 8 tahun sehingga mati pada 18 Mac lalu.

Menerusi laporan Awani, lelaki yang dikenali sebagai WD itu ditahan polis kerana kemaluan dan dubur anak perempuannya memiliki kecederaan.

WD mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu, alasannya tidak dapat menahan nafsu kerana selalu menonton video lucah.

Mangsa yang sebenarnya tinggal bersama bekas isteri WD diminta untuk pergi ke rumahnya semasa kejadian.

Suspek merupakan bapa kandung mangsa dan yang melaporkan kejadian tersebut ialah ibu kandung mangsa atau bekas isteri suspek.

Mangsa dikatakan telah diberikan ubat tidur sebelum WD melakukan perbuatan terkutuk itu semasa anak perempuannya berada di sisinya.

Mangsa difahamkan tidak bermaya dan cuba untuk tolak ayahnya, namun tak mampu untuk melawan dan mengalami sawan.

Selepas melihat keadaan anaknya, suspek terus membawa anaknya ke sebuah klinik sebelum ke hospital. Tetapi malangnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh anggota polis.

Ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis selepas mengetahui terdapat luka di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.

Dalam surat keterangan doktor, ada kematian kurang wajar dengan tanda kekerasan di kemaluan dan dubur.

Selepas ditahan pihak polis, suspek telah mengaku bersalah atas perbuatan terkutuk yang dilakukan itu kerana ketagih menonton filem lucah.

Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu dua minggu lalu, seminggu, selepas kejadian.

“Ya, ada pemaksaan, mangsa menolak, saya paksa,” kata suspek.

Suspek akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya dan mungkin akan dikenakan hukuman tambahan.

Menonton video lucah ini bukan sahaja tidak elok untuk diri, ia juga mampu membahayakan orang lain apabila nafsu mula menguasai diri. Bertaubatlah sebelum hilang orang tersayang.

Baca Juga: Gadis OKU 18 tahun disyaki dirogol, lahirkan anak dalam tandas

Baca Juga: