Manusia pertama guna buah pinggang babi akhirnya meninggal dunia

Pesakit pertama yang menerima buah pinggang babi telah meninggal dunia hampir dua bulan selepas menjalani pembedahan bersejarah tersebut, dilaporkan oleh laman berita Washington Examiner semalam.

Richard Slayman, 62 tahun, telah menerima ginjal babi pada bulan Mac lalu, dan keluarganya mengumumkan berita sedih tersebut kelmarin.

Sementara itu, Hospital Besar Massachusetts, tempat pembedahan tersebut dilakukan, menyatakan bahawa tidak ada indikasi yang menunjukkan Slayman meninggal akibat komplikasi pembedahan tersebut.

“Slayman akan selalu diingati sebagai simbol harapan bagi banyak pesakit yang memerlukan prosedur pemindahan ginjal di seluruh dunia. Kami bangga dengan keberanian dan kerelaan almarhum untuk terlibat dalam memajukan bidang xenotransplantasi,” kata pengurusan hospital tersebut dalam kenyataan kepada laman berita ABC News.

Ginjal babi yang diterima oleh Slayman telah dimodifikasi menggunakan teknologi CRISPR-Cas9. Pasukan saintis menambahkan gen utama manusia dan mengeluarkan sebahagian gen babi yang berbahaya untuk memastikan buah pinggang tersebut serasi dengan tubuh Slayman.

Ini merupakan kali pertama buah pinggang babi yang telah diubahsuai secara genetik berjaya dimasukkan ke dalam tubuh pesakit yang masih hidup. Sebelum ini, buah pinggang babi hanya dipindahkan kepada penderma yang telah mati otak.

baca: “Angah hidup senang sebab anak dia semua mak jaga, bertahun jadi biawak hidup pun mak tetap sayang”