Marissa Dania adalah anak kedua selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi namun beliau telah memilih menjadi isteri kedua di usia masih muda.
Beliau telah menjadi pelajar yang berkaya menghafal enam juzuk Al-Quran dari sekolah Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan pada 2018 kembali menjadi sorotan warga maya.
Marissa, 19, yang juga pempengaruh media sosial dilaporkan menjadi antara pelajar yang berjaya menamatkan hafalan Qasidah Burdah Al Busiri yang terkandung 160 bait.
Lebih menarik perhatian, Marissa turut berjaya menghabiskan keseluruhan matan burdah terbabit di hadapan gurunya.
Marissa turut membanggakan ibu bapanya apabila berjaya menghafal enam juzuk al-Quran dalam tempoh setahun di maahad itu.
Ini bermakna segala yang dicita-citakan Abby untuk melihat anak-anakya menghafal al-Quran menjadi kenyataan.
“Saya juga berharap biar penuh ilmu di dadanya agar dia tidak lalai dengan suruhan agama Islam. Dania pula memang tidak ada minat dalam bidang seni sebab dia sangat pemalu orangnya,” kata Abby dalam satu kenyataan bersama media.
Baca juga: Warganet teruja Khairul Aming belanja ibunya barang kemas selepas jualan cecah RM12 juta