Tidak semua anak yang tinggal di rumah anak yatim itu ibu bapanya meninggal dunia.
Ada juga yang ditinggalkan kerana kekangan wang dan pelbagai masalah lain yang kebenarannya jika diketahui, pasti merobek hati anak yang ditinggalkan.
Wanita ini berkongsi kisah suaminya yang mencari identiti sebenar ibu bapanya yang meninggalkan dia sendirian di rumah anak yatim walaupun mereka masih hidup.
Assalamualaikum. Apa yang aku kongsikan ini situasi sebenar suami aku. Aku kenal dengan suami waktu zaman belajar diploma. Dari kenal biasa sampai jatuh cinta, dari awal dia sendiri dah kongsikan dekat aku yang dia ni membesar dekat rumah kebajikan anak-anak yatim.
Aku pun dari awal anggap dia kehilangan mak dan ayah di usia muda tapi, bila suami cerita rupanya dia ni ‘ditinggalkan’ di rumah tersebut ketika baru berusia 6 tahun. Suami aku sendiri ingat sampai harini. Umur dia 6 tahun.
Mak dan ayah dia bawa satu tempat ni ramai budak dekat tempat tersebut tapi dia usia 6 tahun apa lah yang dia tahu. Mak dengan ayah dia cakap “Azmi tunggu sini main dengan kawan-kawan nanti petang mak dengan ayah ambik”
Suami aku yang umur 6 tahun mesti lah percaya dan dia pun sibuk main sampai ke malam tapi mak dan ayah dia tak sampai ambik dia lagi. Orang dekat rumah kebajikan tersebut pun cuba cari tapi zaman tu 90-an lagi. Nak cari macam mana, payah banyak sangat kekangan.
Suami aku yang baru 6 tahun ni dia menangis setiap hari duduk depan pintu tunggu dan asyik fikir kenapa mak dan ayah dia tak balik ambil dia. Akhirnya, selepas setahun dan dua tahun suami aku terp4ksa pasrah dan terima nasib dia duduk dan membesar dekat tempat tersebut.
Tapi dia tiap hari tak pernah berhenti berharap yang mak dan ayah dia akan datang balik ambil dia. Bila suami aku sambung belajar, dia cuba cari setakat mana yang mampu tapi sayang tak dapat jejak satu pun. Aku bila dengar tu memang dah dalam hati suami aku kena tinggal dengan mak ayah dia. Tak sampai hati aku nak straightforward cakap benda tu.
Selepas kami berkahwin suami aku ada juga usaha nak cari mereka. Aku sebagai isteri tak boleh. Aku risau dan tak tenang aku takut heart wrenching situation yang memakan diri suami aku. Aku sebenarnya ada buat research aku sendiri tentang anak yang ditinggal atau membesar dekat rumah kebajikan.
Bila diorang besar cari mak ayah dan macam situasi confession “asal usul” kebenaran itu amat meny4kitkan. Siapa yang tak s4kit dan menangis bila dengar mak ayah kandung voluntarily abaikan korang. Sejak berkahwin sampai ada anak.
Aku secara diam macam ‘sabotage’ usaha suami aku untuk cari mak ayah kandung dia. Aku selalu cakap “takpelah sayang anggap je takdir Insha Allah, kita doakan je awak pun dah usaha”. Aku selalu cuba yakinkan dia supaya untuk give up tapi tak adalah secara terang cuma berkalis sikit sebab nak taknak yang suami aku cari tu ayah dan mak kandung dia sendiri.
M4kin lama aku nampak suami dah give up jadi dalam hati kami tenang lah sikit. Hakik4tnya kita yang merancang tapi tuhan yang menentukan. Kami waktu ni survey nak beli rumah lepas dah ada saving credit score pun okay sebab dah lama menyewa.
Jumpa satu rumah ni yang memang aku dan suami berkenan sebab waktu nak cari rumah kami berdua dah ada map design sketch nak rumah yang macam mana, location dia macam mana. Akhirnya jumpa satu rumah yang 90% tepati kami punya requirements.
Yang uruskan soal rumah kami ni Puan Hasimah (bukan nama sebenar) ada borang dan dokumen kami kena semak. Plan awal dia ajak jumpa satu location ni minggu depan tapi entah macam mana. Aku dengan suami cakap “takpelah kita orang datang rumah akak cepat siap cepat dapat” sebab kami berdua memang excited sangat nak rumah baru.
Kak Hasimah ni pun okay setuju dia bagi location rumah dan kami berdua drive terus ke sana. Datang rumah kak Hasimah sembang punya sembang selesaikan apa yang patut sekali ada tetamu datang rumah kak Hasimah ni.
Yang datang tu 2 orang perempuan sorang lelaki saud4ra dia. Waktu balik tu aku salam lah dulu dengan saud4ra mara diorang ni sebab taknak sombong. Sekali salah sorang dari yang datang ni dia cakap dekat suami aku “eh abang ni muka sebiji macam muka pak andak” aku sebenarnya tak sedap hati bila dengar tu.
Kak Hasimah ni pun tanya “pak andak mana ni Nora?” Si Nora cakap muka Pak andak suami pada sorang makcik diorang nama Yana. Aku waktu tu terus cakap pelanduk dua serupa dan terus nak balik. Tapi suami aku curious dia terus tanya nama pak andak tu siapa.
Rupanya si Nora ni kerja dia adalah lukis potret wajah orang. Dia cakap ada ambil kerja lukiskan potret pak andak dia waktu zaman muda dan tua. Muka suami aku dia cakap memang sebiji dan lagi satu dia ni ada professional degree related with faces.
Suami aku pun exchange contact dia cakap nak jumpa dengan pak andak tu dan siap twist katanya dia ada research yang kena mengena dengan pelanduk dua serupa. Aku balik tu tak tenang walaupun kami tak tahu nama penuh ‘pak andak’ ni tapi aku rasa tak sedap.
Suami aku memang dah tak sabar dia nak jumpa. Pada suami aku siapa lagi kalau bukan ayah dia yang muka sama dengan dia. Takpun saud4ra mara dia. Selepas bincang dengan Nora dan kak Hasimah kami pun jumpa lagi sekali kali ni baru kami tahu nama pak andak dia Zulkifli.
Aku memang dah nampak reaksi suami aku tangan dia mengeletar aku siap pegangkan lagi. Nama suami aku memang bin Zulkifli. Tapi suami aku tak dedahkan yang dia cari jejak ayah kandung dia. Nora ni kasi name card dia cakap pak andak dia ni ada kedai printing. Kalau nak interview ke apa dia suruh direct cuba tanya.
Aku waktu tu cakap dengan suami aku jangan pergi cukup sekadar kita tahu. Takut nanti kalau kita tahu the truth yang tak menyedapkan diri kita sendiri yang s4kit. Akhirnya kami berdua pergi. Otw tu memang nervous, masuk kedai printing tu tanya dekat salah sorang pekerja di, bos ada tak sambil tunjuk name card.
Waktu jumpa bertentang mata tu aku syak yang Encik Zulkifli ni dah macam boleh agak siapa suami aku. Tahu tak raut wajah suami aku dan Zulkifli ni sebiji sangat. Masuk office. Tak sampai seminit dua berbual suami aku sendiri keluarkan dokumen surat beranak.
Bila Encik Zulkifli ni tengok dan pegang sambil nampak menggeletar tangan dia. Aku dalam hati memang dah jerit “Ya Allah” sebab memang jelas ni ayah kandung suami aku. Suami aku cuma cakap “mak saya hidup lagi ke?” Ayah dia jawab yang dia masih hidup tapi duduk negeri lain.
Suami aku pun lepas dah lama mendiam dia pun cakap nak jumpa mak kandung dia. Sambil tu dia cerita tujuan dia ni bukan nak tuntut hak, wang atau bermacam benda dia cuma nak tahu kebenaran kenapa dan apa sebab utama dia.
Ayah dia pun call satu nombor telefon cakap nak jumpa, ibu kandung suami aku. Lepas sejam drive kami pun jumpa. Reaksi ibu kandung suami aku sama macam ayah kandung dia tangan menggeletar tapi tak cakap apa-apa. Yang cerita kan pun ayah kandung dia.
Diorang tak cerita panjang, apa yang diorang cerita kahwin muda waktu zaman sekolah kemudian mengandung. Tapi diorang tak ada pengalaman langsung jadi mak ayah. Setiap hari str3ss tak tenang akhirnya buat keputusan nak bercerai.
Masalahnya di sini bila dah selesai urusan cerai. Masing-masing tak nak jaga anak. Kiranya mak dan ayah kandung suami aku dia tak nak hak penjagaan suami aku. Selepas berbincang akhirnya itulah yang mereka berdua buat. Tinggalkan suami aku dekat rumah kebajikan anak-anak yatim.
Bila balik tu aku volunteer untuk drive balik. Dalam kereta tu diam je. Balik rumah tu kami ambil anak-anak dekat tempat pusat jagaan diorang. Bila sampai rumah tu baru suami aku menangis sambil peluk anak. Sepanjang aku kenal dia itu kali pertama nampak dia menangis meraung sambil peluk anak kami.
Aku cuma mampu gosok belakang dia je. Anak aku pun keliru kenapa ayah dia menangis. Bila fikir balik aturan tuhan tu hebat. Bayangkan sepatutnya agent yang uruskan rumah kami ni bukan kak Hasimah tu. Tapi salah sorang agent kenalan suami aku.
Sebab aku yang cakap portfolio kak Hasimah ni bagus jadi atas recommend aku, kami pilih kak Hasimah ni. Dalam masa yang sama datang rumah kak Hasimah tu semua atas aku juga. Sejak haritu suami aku dah tak bercakap tentang cari ayah dan mak kandung dia.
Tapi aku ada stalk akaun Facebook, insta ayah dan mak kandung dia. Agak geram dan marah pula bila aku tengok diorang bergambar anak beranak. Aku nasihatkan kepada adik yang dekat luar sana berhasrat nak mencari identiti asal kita.
Kuatkan diri, benda pertama jangan letak pengharapan yang tinggi sangat put the worse expectations. Kebenaran amat meny4kitkan. – Mas (Bukan nama sebenar)