Keluarga merupakan anugerah yang tak terhingga diberikan dari Allah.
Kasih sayang kekeluargaan itu juga merupakan satu proses yang wajib dirasai semua orang namun tidak semua mampu untuk merasai pengalaman itu.
Lelaki ini berkongsi kisah dirinya apabila adik kesayangan dijemput ilahi dan bapanya yang berfoya-foya di luar hingga mengabaikan mereka sekeluarga.
Assalamualaikum semua. Aku Alysha, bukan nama sebenar dan berumur 20-an. Sebelum tu, aku minta maaf seandainya penulisan aku ni bercampur campur. Aku hanya ingin meluah rasa. Aku menulis luahan ini pada pukul 1:40 pagi.
Entah kenapa, aku rasa emosi yang melampau – lampau hari ini sampai aku teringat semua kenangan dulu. Kenangan yang dulu ada kaitan dengan sekarang. Aku tak rasa aku ada keluarga yang bahagia. Bukan aku tak bersyukur.
Ada Ayah tapi rasa macam tak ada Ayah pun. Korang faham tak perasaan tu. Ayah ada tapi hanya pada zahirnya saja. Begitu lah apa yang ibu rasa terhadap ayah. Aku mulakan cerita dengan pengenalan diri aku. Aku merupakan anak kedua, dari tiga beradik tapi sekarang tinggal dua beradik je iaitu aku dan abang aku, Adam (dah berkahwin) Sebab adik bongsu lelaki aku dah meninggal di usia 16 tahun.
Aku dan adik aku tu beza setahun je dan semestinya kami berdua sangat rapat. Arw4h adik aku yang aku namakan sebagai Aidan merupakan seorang autisme dan hyper active ya. Dia memang tak pandai bercakap macam orang normal. Bukan juga bisu.
Perkataan yang dikeluarkan memang tak difahami walaupun sejak umur 3 tahun dah menerima terapi dari doktor pakar. Tapi Aidan memang suka emosi, kalau dia sedih, marah memang senang nak detect je. Kadang-kadang pernah dia marah sampai pukul aku haha sebab aku tukar channel kesukaan dia tu.
Tau tak, sejak aku darjah 1 lagi aku dah selalu jaga Aidan walaupun dia tersangat lah hyperactive. Aku dapat handle tantrum Aidan. Sebab ayah aku bekerja, selalu tak ada di rumah sebab kerja luar. Ibu aku suri rumah tapi aku lah yang tolong ibu jaga sebab kadang ibu pergi luar nak belanja, beli barang dapur. Abang aku si Adam pula masa tu sibuk study.
Aku selalu teman ibu aku untuk hadir appointment terapi Aidan tu. Masa bawa jalan ke hospital, orang ramai tengok atas bawah ye. Ada juga yang cakap Aidan ni orang tak betul. Sedih aku rasa. Tak pernah Aidan diminta untuk dilahirkan autisme dan hyperactive. Dialah insan istimewa. Tapi mungkin masa tu belum ramai yang kenal dan tahu apa itu autisme.
Aidan pergi dengan begitu cepat. Mulanya dia demam biasa, pulang dari sekolah. Dia sekolah untuk kanak-kanak istimewa, swasta. Selepas 2 hari, demam dia tak kebah. Tapi kan, masa tu dia masih boleh aktif, sebab Aidan kan hyperactive.. Memang jenis tak pandai diam haha, aku rindu gelagatnya..
Kami bawa ke klinik, tapi Dr pun kata hanya demam biasa. Tapi lepas makan ubat pun, demam Aidan tak pernah kebah. M4kin panas pulak. Esok nya tiba ada nanah pulak di muka dia. Nanah tu dari dalam ya, jadi muka Aidan bengk4k.
Start situlah, Aidan dah jadi lemah terbaring saja. Bayangkan Aidan ni jenis yang sangat aktif tau. Dia bukan sama macam anak Azharin* tu kalau tak silap nama artis tu, yang anak dia tu kembar dua dua autisme jugak kan. Aidan lagi aktif dari dorang. Tapi tetiba terbaring je macam tu, siapa lah tak sedih.
Kami bawa lagi sekali ke klinik lain pulak. Doktor pun kata itu hanya bisul biasa. Tau tak, macam peny4kit adik aku tu tak ada satu doktor pun yang dapat detect. Sampailah kami terpaksa bawa ke hospital. Doktor tu rasa pelik sebab dorang pun tak sangka kenapa Aidan yang hyperactive tu dapat diam je. Mungkin sebab s4kit.
Dua hari berturut-turut ye doktor tu kaji. Then hari ketiga tu dia kata kuman dah merebak ke otak. Allahu. Bayangkan perasaan kami semua. Dan masa tu jugak direct Aidan tu masuk HDU terlebih dahulu, dah ditidurkan. Aku tak tau beza HDU dan ICU. Tapi itulah proses yang aku ingat.
Masa ni Aidan nampak sangat tenang, macam bukan austime + hyperactive pun. Kami sangat terk3jut dengan perubahan tu. Dia masih boleh buka mata. Tapi bayangkan lah Aidan memang tak dapat bercakap pun, tak dapat ekspresskan perasaan pun dari perkataan. Sedih sangat.
Dia melihat kami seolah – olah dia ingin menyampaikan sesuatu. Dan esoknya, dia dimasukkan ke ICU. Yang aku ingat sampai sekarang, masa di ICU tu dia memang tak pernah sedar dah. Maksud aku, dia baring dan tutup mata.
Kadar denyutan jantung dia pun dah tak stabil kata Doktor. Entahlah aku rasa secepat itu dia pergi weh. Tak ada s4kit sampai macam ni sekali, yang sehinggakan Doktor pun lambat dapat detect. Sampailah Doktor kata Aidan hanya dapat berg4ntung kepada tangki oksigen sahaja.
Walaupun Doktor kata macam tu, kami masih mengharapkan keajaiban. Aku setiap hari selepas pulang sekolah, aku akan tinggal di hospital, bawa baju sekali. Ibu tak pernah pulang ke rumah, hanya aku sahaja pulang untuk bawa baju untuk ibu. Ayah aku pun sama, dia ada jugak pulang rumah sekejap.
Keluarga besar aku yang lain dari side ayah aku semua datang melawat ya. Macam nak pergi beraya yang datang melawat tu. Begitu ramai sayangkan Aidan. Di sinilah bonding kekeluargaan kami sangat kuat dan rapat. Dan sampailah kadar denyutan jantung Aidan turun lagi sampai 20 je masa tu pukul 1 petang 8 Mac 2014. Masih mengharap keajaiban.
Lepas ni, tak ada lagi yang pandang serong dengan Aidan, lepas ni tak ada lagi yang boleh cakap dia orang tak betul. Aku berfikir mungkin Allah nak hilangkan autisme dia. sampai macam tu aku fikir. Bukan aku tak terima Aidan sebagai sorang autisme, bukan.
Aku masa tu berfikiran tak betul sebab masih mengharapkan keajaiban dari Allah. Masa tu, aku fikir tak ada yang must4hil. Semacam “fairy tale”. Aidan akan sihat, dan menjadi normal. Tibalah sampai pukul 3:08 petang. Aku masih ingat dengan detail.
Doktor panggil dan mengatakan Aidan dah tak ada, Aidan tak boleh diselamatkan. Tadi kadar denyutan jantung dia tinggal angka 7. Kami cuba lagi tapi memang tak berjaya. Mendengar berita tu, macam tak percaya. Kami masuk dan aku pegang tangan Aidan. Sangat sejuk. Dan nampak Aidan macam tidur je. Ya Allah. Pucat nya Aidan, dahlah memang dia putih. Lepas tu sejuk kan dekat ICU tu jugak.
Aku dan ibu pegang kuat kuat tangan Aidan. Kami menangis. Aku menangis sampai meraung tu ye ya Allah. Bukan aku dan ibu je nangis. Ahli keluarga yang lain pun sama. Aku masih ingat dengan jelas segala tangisan yang dikeluarkan. Ya Allah.
Mungkin betul ibu kata, Allah jadikan dia sorang yang normal, (autisme + hyperactive) dia hilang sebab Allah nak dia tinggal di syurga. Ya Allah. Semoga kami dapat berjumpa dengan Aidan di syurga. Aku menaip ni sambil air mata aku mengalir. Aku sangat rindu.
Aku masih simpan baju terakhir Aidan tu, itulah baju last dia pakai sebelum masuk hospital, ICU selama dua minggu. Kalau ingat macam sekejap sangat ye dia awal s4kit yang hari first demam biasa tu dari 25/2, dan dia pergi masa 8/3.
Macam tak sampai 2 minggu lah kan. Kalau aku rindu, aku akan baca Al- fatihah dan hidu baju Aidan. Baju tu bau dia still sama tak berubah ye. Rasa macam Aidan masih ada. Entahlah, aku rasa Aidan tu pun macam separuh diri aku.
Sedangkan aku rasa sedih sangat, apa lagi perasaan ibu aku kan. Abang aku pun sedih jugak. Sebab dia rasa dia jarang luangkan masa dengan Aidan. Dan, benarlah jodoh, ajal dan m4ut semua tu di tangan Allah. Peny4kit demam Aidan, kuman yang telah merebak ke otak tanpa dikesan lebih awal hanyalah asbab dia.
Memang sudah takdir. Memang Allah nak bawa dia tinggal di syurga. Aidan, seorang anak istimewa walaupun tak cukup akal orang kata tapi dia insan istimewa yang tak berdosa. Masa Aidan dikebumikan tu, sungguh wangi kubvr Aidan. Ya Allah sangat wangi. Aku masih ingat wangi tu.
Selepas tu, balik rumah. Terasa sunyi rumah. Tiada lagi gelagat Aidan di rumah. Aku rindu untuk menjaga dia, aku rindu handle tantrum dia. Semuanya aku rindu. Walaupun ada yang kata, susah jaga adik austime tu lagi lagi hyperactive.
Ada yang kata, kau tak penat ke kejar sana sini adik kau. Sebab pernah ye Aidan tu terlepas, entah macam mana dia boleh bukak pagar rumah tu sendiri. Nasib dia hilang pegi rumah jiran depan rumah je hahaha. Jiran depan rumah tu pun faham Aidan tu macam mana.
Pernah juga ada event kat rumah aku, macam kenduri ke apa. Memang aku yang jaga ya. Sebab ye lah ibu aku sibuk urus makanan kan, ibu aku layan tetamu. Ibu aku yang masak sendiri dengan ada lah ibu saud4ra aku yang lain. Tapi bagi aku, aku rasa mudah je nak igga
Aku memang jarang nak ikut mana mana event keluarga dari aku kecil tu sebab fokus aku jaga adik. Masa abang aku kahwin pun, aku orang yang last datang bersama Aidan. Ibu dan ayah aku memanglah kena meriahkan majlis anak sulung dorang.
Aku tak pernah ambik hati sebab memang tugas aku jaga Aidan. Lagi pun, Aidan memang tak suka ramai orang. Dia jadi aktif tiba-tiba, dia nak lari dari orang ramai. Sebab setiap budak yang autisme ni ada macam – macam per4ngai.
Masa dekat pukul 8 malam ye baru aku datang hahaha sebab sanding abang aku tu sampai pukul 10 ye. Dan yang terus ambik alih tugas tu, ibu aku jugak. Lepas aidan dah pergi tinggalkan kami semua, tersangat sunyi. Tapi kehilangan Aidan tu mengubah ibu aku yang paling ketara perubahan.
Ibu aku ni seorang muallaf, dia bangsa Filipino from Cebu. Masuk Islam, sebab ye lah dah kahwin dengan ayah aku. Panjang ceritanya macam mana perkenalan ayah dan ibu aku tapi bukan part ini yang aku nak ceritakan.
Ok aku sambung, sejak Aidan dah tak ada. Ibu aku menyibukkan diri dengan menghadiri mana – mana kelas pengajian Agama. Macam setiap hari ye kelas agama yang ibu aku join. Kelas fardu Ain, Tadabbur Al- Quran, kelas mengaji, tajwid dan ibu pun belajar solat.
Bukanlah ayah aku tak pernah bimbing ya tapi mungkin sebelum ni, ibu belum terbuka hati untuk solat penuh lima waktu. Tapi aku tak pernah menghukvm ibu aku, masa tu aku pun budak lagi umur 16 tahun. Aku dulu pun solat tak penuh.
Yang aku nak cerita kan, pemergian Aidan tu mengubah kehidupan ibu. Aku yang malu sebagai orang Islam tulen. Ibu aku betul-betul mendalami Islam. Mungkin
memang pada mulanya, niat ibu supaya tak berfikir sangat tentang Aidan, supaya ibu tak sedih setiap hari tapi Alhamdulillah perginya Aidan tu membawa hidayah kepada ibu dan kami semua.
Ibu aku cakap mungkin ada hikmahnya. Kejadian yang berlaku ni, mungkin ada hikmah. Walaupun memang terasa sedih dan sangat kehilangan, tapi Allah datangkan hidayah tu dari pemergian Aidan ni. Allah ambik Aidan, tapi sekurang – kurangnya Aidan tak s4kit lagi, perit aku tengok Aidan banyak wayar yang bersambung pada badan dia. Perit sangat.
Badan dia jadi lebam jugak sebab kan banyak benda kena cucuk dekat tangan, badan. Aku tak tahu apa nama benda tu. Dan perginya Aidan pun menyedarkan kami yang ajal tu bila bila masa ja. Tapi, kami ingat.. Ujian kehilangan Aidan je yang kami akan hadap.
Sungguh Allah ni banyak memberi hikmah walaupun pada mulanya terp4ksa menerima ujian tersebut dengan berat hati, dengan penuh rasa sedih. Aku tak sangka dalam kesedihan yang kami alami, yang ayah sendiri juga alami tapi Ayah juga kalah dengan ujian yang diberikan Allah melalui perempuan itu. Ya, ayah aku curang di saat waktu yang tidak tepat tapi tepat bagi perempuan itu. Di saat ayah sedih atas kes4kitan Aidan, di saat ibu hanya memberi fokus kepada Aidan, perempuan itu datang. Ayah aku kalah dengan ujian itu.
Bagi ayah, perempuan itu dayang di saat semua tidak pernah memberi kata semangat padanya. Aku, ibu, abang memang masing-masing bersedih ya bagaikan hilang separuh nyawa. Tapi untuk ayah, dia inginkan semangat dari orang lain.
Bagi aku, itu hanya sebuah alasan. Mungkin jua tahap keimanan Ayah aku yang diuji. Dan lebih meny4kitkan bila perempuan itu datang dan akhirnya terjadi perkara yang tak sepatutnya. Ya Allah. Sungguh ibu aku wanita yang kuat, ibu aku simpan sorang sorang selama 2 tahun ye.
Dan sampai sekarang, ibu aku wanita kuat. Bila mana ayah berkahwin dengan perempuan itu. Perempuan itu sudah pun mengandung. Ya Allah. Sungguh kuat jiwa ibu aku. Aku dan abang aku tak tahu ayah kahwin lain.
Perkahwinan ayah yang kedua ni betul betul menghiriskan hati aku. Dan sampai sekarang aku masih mencari apa hikmah di sebalik perkahwinan ayah yang kedua ini. Bukan aku tak redha pada takdir. Aku juga redha bila Allah ambil Aidan sebab Allah lagi sayang dia berbanding kami.
Tapi untuk yang ini, memilukan. Mungkin sekali lagi itu pula yang menjadi ujian dalam keluarga kami. Ujian yang sangat berat untuk ibu aku tempuh. Ujian yang aku yakin tiada siapa sekuat ibu. Apa yang Ayah buat ni sungguh tak adil.
Dan perempuan itu hadir mengambil kesempatan dalam kesempitan yang berlaku dalam keluarga kami waktu itu. Aku akan sambung di part yang seterusnya ya. – Alysha (Bukan nama sebenar)