“Masa awal kahwin dah nampak mertua selalu bergosip pasal anak menantu, tak sangka lepas tu turn aku pulak kena”

Apabila memasuki keluarga baru, pastilah sesiapa pun akan teruja kerana bertemu dengan ahli keluarga yang lain yang berbeza budaya mahupun adat mereka.

Namun, kadang apa yang menyeronokkan itu bukanlah perkara yang elok jika kita tidak tahu mengawalnya.

Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang gembira apabila memasuki keluarga suami meskipun telah melihat beberapa ‘red flag’ dari mertua.

Biasa dengar cerita mak mertua, family in law yang buruk – buruk dalam media sosial ni. Banyak sebenarnya pengajaran dan banyak iktibar kita boleh ambil. Tak terlepas aku pun menghadapi “test” yang sama.. Usia perkahwinan hampir memasuki tahun ke-13.

Aku adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Jadinya bila berkahwin rasa sangat teruja dan seronok sangat ada ramai kakak ipar dan adik ipar. Dalam keluarga aku, aku antara yang struggle dalam hidup tapi berkat menjaga kebajikan orang tua alhamdulillah segala – galanya mudah buat aku.

Sebelum tu awal-awal husband aku dah w4rning “jaga gap jangan terlampau baik” walaupun itu keluarga dia. Ibu aku pun sempat berpesan “hati-hati jaga gap” Tapi tulah nama pun orang tengah teruja dia lupa segala pesanan penaja.

Macam orang angau! Mana nak ingat. Tak pernah – pernah rasa disayangi, rasa begitu penting. Setiap gosip atau setiap cerita – cerita panas, aku akan jadi orang yang pertama yang tau. Awal – awal dah nampak redflag mak mertua tapi tulah kita ni husnuzon tahap dewa.

Anak dia terpaling baik, terpaling bagus, terpaling educated. Setiap kali pergi rumah anak menantu mesti ada je menantu tu tak baik, menantu begini begitu. Yihhhhhh str3ss tapi tulah husnuzon kan! Dia dah tuaa, biarlah dia nak cakap apa haaa gitew.

Sampailah Allah tunjukkan aku kekuasaanNYA. Aku ingat aku paling disayang dimanja disanjung ooohhhh tidak rupanya. Dah ada kejadian. Yang paling rapat dengan aku tulah yang jadi punca segalanya. Dia jadi batu api kepada sekalian umat manusia dalam family mertua aku.

Paling tragis aku pernah alami, kena hina kena caci m4ki, macam macam ayat yang keluar! Ooohhh maigad! Masa ni dalam sebulan dua aku berendam air mata! Rasa nak m4ti pun ada dah! Masa pert3mpuran berlaku, memang kena cakap pert3mpuran sebab maha dahsyat!

Pada masa caci m4ki dan h1na dilemparkan takde satu manusia yang berani pertahankan aku (padahal ada yang tau aku tak salah) susah diorang aku selalu ada. Rupanya susah aku, memang aku sorang jela ye. Sedih sangat masa ni..

Yang ada masa ni SUAMI aku sorang je! Suami aku jadi power rangers aku masa ni! Sumpah! Aku takkan lupa. Suami aku marah dekat aku masa aku kena ser4ngan bertubi-tubi! Dia cakap, “SAYA DAH WARNING AWAK DARI AWAL JANGAN BAIK SANGAT DAN JAGA GAP DGN KELUARGA SAYA! SAYA TAU KELUARGA SAYA!”

“JANGAN RESPON WALAU SEPATAH! BIAR APA JE DIORANG NAK CAKAP! AWAK AKAN MENANG BILA AWAK TAK BERI WALAU SATU RESPON!” “SILENT IS GOLDEN.” Tolong dengar dan ikut cakap saya!

Haaaa kaww membuak – buak rasa nak m4ki balik. Menangis tak payah cakaplah! Korang pun boleh agak pert3mpuran ni berlaku secara apakan! Sebab aku sejenis manusia yang suka confront! Aku tau aku boleh lawan aku boleh menang!

Tapi waktu tu aku pilih untuk dengar cakap suami aku sebab tak dapat nak berdepan dia punya rasa s4kit tu Allahurabbi.. Terlampau s4kit! Tengah tido pun menangis bayangkanlah. Benda ni berlalu macam tu je takde pengakhiran..

Takde drama cakap sorry ke tidak! Tapi suami ada dapat msg dari salah sorang family dia, intipati dia mintak maaf sebab jadi “pencetus”. Jadi suami aku pun hadiahkan dia “bluetick” je. Sepanjang musibah berlaku aku berjaya,

Bangun tahajud tiap malam mohon keampunan dan minta Allah pulihkan hati aku. Aku berjaya tune minda aku “benda ni jadi sebab Allah izin jadi ini antara ujian yang aku perlu hadapi.

– Aku tau sepatutnya akan back up tapi again aku tune lagi sekali ” bukan diorang tak nak back up tapi diorang kena jaga maruah keluarga diorang, diorang ada limitation diorang,” sebenarnya diorang pun menjerit dalam hati tak dapat bantu aku.

– Aku berjaya hilangkan rasa trigger nak marah atau dah tak memikirkan langsung tentang keluarga mertua.. asbab doa – doa aku mungkin..part ni aku terlampau bersyukur sangat! Aku dah move on rupanya tanpa sedar!

Seronoknya rasa bila dah takde dalam circle tersebut sedangkan ipar duai yang lain tengah strunggle nak establish diri diorang kat situ.. Fake je semua tu hihihi.. aku jugakkkk dah selamat!

Moto: Alang-alang orang cakap aku jahat memang aku jadi jahat betul.. jahat tak balik kampung langsung. Jahat sebab tak ambil tahu langsung dan jahat sebab aku pentingkan hati aku untuk terguris dan tercalar lagi! Jaga kesihatan mental tau! Luahan hati, Buah Laici (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Kembali tular! Perbualan ‘whatsapp’ ibu Zayn Rayyan ini rupanya buat ramai netizen panas hati