Banyak kisah yang kita dengar individu yang suka mengambil hak orang lain dan tanpa segan silunya mengakui dengan bangga ia adalah hasil titik peluh mereka.
Haram hukumnya mengambil hak orang lain apatah lagi jika ia adalah milik anak yatim.
Wanita ini menceritakan kisah keluarganya yang dianiaya oleh saudara terdekat ketika ayahnya koma dan mengambil segala harta mereka secara diam diam.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua pembaca. Pertama sekali, terima kasih kepada admin kalau siarkan kisah saya ni. Saya kat sini nak kongsi pengalaman hidup kami 14 tahun yang dulu.
Semoga cerita ini dapat dijadikan teladan. 14 tahun yang lalu, ayah telah terlibat dengan satu kemalangan ng3ri yang hampir mer4gut nyawa ayah. Di situ bermulalah titik hitam kami sekeluarga. Ayah koma selama hampir 1 tahun.
Waktu tu dunia kami rasakan sangat gelap. Walaupun waktu tu saya dan adik beradik masih kecil tetapi kami sudah mampu ingat apa yang berlaku. Oh, lupa nak cerita, sebelum ayah kemalangan, ayah merupakan seorang kontraktor.
Ayah ada tubuhkan syarik4t bersama abangnya. Partner. Tetapi yang berusaha lebih ayah saya. Ibu pula hanya seorang suri rumah. Kami ada 4 orang adik beradik. Kak Long, Kak Ngah, Saya (achik) dan diksu. Kami semua perempuan.
Ayah terlibat dengan kemalangan tu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengurus syarik4t mereka. Ketika ayah koma, banyak perkara pahit yang kami t3mpuh dan semestinya yang paling terkesan adalah ibu.
Keluarga ayah tak berapa berkenan dengan ibu padahal ibu dan ayah berkahwin atas perancangan keluarga. Ibu lah antara insan yang paling banyak menangis semasa ayah koma. Nasib Ibu memang penuh dengan pend3ritaan.
Suami koma lepas tu keluarga suami tidak henti mengh1na dan memfitnah. Begitu lah nasib ibu. Dan yang paling teruk, kami anak-anak ibu dan ayah dididik oleh keluarga sebelah ayah untuk membenci Ibu.
Nasiblah waktu tu kami masih dapat berfikir untuk membezakan yang benar dan yang salah. Sudahlah keluarga mentua tidak suka, segala ipar duai ibu pun tidak kurang membenci ibu.
Satu perkara yang aku takkan lupa sampai bila-bila ialah perbuatan keluarga abang ayahku (partner ayah dalam syarik4t), mereka mengambil duit bahagian ayah secara sesuka hati. Senyap-senyap mengambil bahagian ayah tanpa memberitahu ibu.
Bila ibu ingin meminta duit ayah, segala m4kian dan fitnah akan ibu terima. Aku masih ingat satu peristiwa tu, aku, ibu dan adik beradikku yang lain pergi ke bank untuk urus duit ayah. Waktu tu Ibu memang betul-betul takde duit.
RM50 saja yang ibu ada. Bila sampai di bank, bank cakap ibu bukan lagi tersenarai dalam w4ris ayah. Syarik4t tu pun bukan lagi syarik4t Ayah tetapi telah menjadi 100% milik abang ayah.
Ibu punyalah sedih sampai terduduk Ibu di tengah bandar tu tak dapat tahan kekecewaan. Anak-anak lagi bertangisan kerana lapar. Aku masih ingat lepastu ibu bawa kami makan kat mamak, ibu just minum air kosong dan kami adik beradik berkongsi sepinggan mee goreng dan segelas air milo ais.
Kak Long yang ketika itu berusia 12 tahun cuma makan sikit. Mungkin kak long faham dengan keadaan Ibu. Bila kami sampai kat rumah petang tu, Ibu telah difitnah keluar untuk habiskan duit Ayah.
Perkara ni segar kat ingatan aku sebab itulah pertama kali aku nampak ibu menjerit sambil menangis. Habis segala rahsia ibu ceritakan. Selepas ibu jadi tenang balik, semua terdiam. Aku ingatkan semuanya akan berpihak pada kami rupanya si pencuri itu pandai memutar belit cerita.
Dan alasan yang aku paling tak boleh terima dia cakap dia buat semua tu untuk sara anak-anaknya yang hendak melanjutkan pelajaran ke universiti. Sempat lagi eh pencuri tu cakap, “anak-anak aku saja ni yang aku nampak cerah masa depan,” peh ayat kau.
Sump4h walaupun benda ni dah berlalu aku tetap tak boleh lupa. Nak memaafkan pun susah. Alhamdulillah selepas setahun Ayah dah sedar dan sem4kin pulih. Kehidupan kami sekeluarga pun dah sem4kin baik cuma kehidupan kami bermula dari susah kembali.
Yalah duit simpanan ayah dah kena teb4skan. Kami dulu sampailah sekarang tetap menjadi kebencian orang. Anak-anak pakcik yang ‘cerah masa depan’ tu pun dah selamat menganggur sekarang.
Kami Alhamdulillah dah masing-masing dengan kerjaya dan berada kat universiti. Kak Long sekarang adalah seorang peguam, Kak Ngah pula seorang accountant dan aku pula merupakan medic student (tahun 3) and Deksu tengah membuat persiapan ke luar negara dalam bidang engineering.
Ibu dan ayah pun alhamdulillah sihat. So guys, point aku kat sini ialah setiap perbuatan kita ni akan dibalas oleh Tuhan. Jadi, berpada-padalah buat baik dan jangan sesekali terfikir nak buat kejahatan.
P/s: Maaf kalau gaya tulisan aku teruk. Aku sebenarnya nak cerita panjang lagi dan detail tapi atas sebab sebab tertentu aku hanya rumuskan cerita ni macam ni. Syurga buat ibu dan ayah kerana mereka dah banyak lalui benda yang meny4kitkan tetapi mereka tetap bersabar. Nurul (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Sangka cuma ikan biasa, nelayan ‘auto’ jutawan lepas tangkap ikan Sowa