Bukan semua orang mampu memiliki figura seorang ‘bapa’ yang sangat bertanggungjawab dari segi emosi dan juga luaran seorang anak.
Namun tidak kurang juga bapa yang bertanggungjawab terhadap anak dan pastinya kehidupan seorang anak itu sangat bahagia lebih lebih lagi anak perempuan.
Lelaki ini menceritakan kisahnya yang banyak dipengaruhi oleh bapa beliau dalam sifat baik dan buruk kerana bapanya seorang yang panas baran dan mudah melenting terhadap anak anak.
Hai assalamualaikum. Aku, Pluto. Aku nak bagitahu awal-awal cerita ni sedikit panjang. Aku ada bapak. Seorang yang sangat komited dengan kerja. Sayang sangat dekat anak-anak dia. Suami yang baik? Hanya emak yang tahu.
Aku agak rapat dengan bapak masa kecil sebab keletah aku yang mencuit hati bapak. Setiap kali bapak nak pergi kerja, aku dengan emak akan hantar bapak sampai depan pintu rumah. Teman bapak hisap rokok, sembang dengan emak, pakai kasut dan bapak pun pergi.
Waktu tu bapaklah hero aku. Macam semua anak-anak yang lain rasa. Masa bapak hantar aku daftar
pra sekolah, aku rasa sedih sangat, menangis nak ikut balik rumah. Dalam otak aku, aku takkan jumpa dah dengan bapak dan emak.
Waktu kecil, bapak selalu naik tangan kalau ada benda yang buatkan d4rah bapak menyirap. Satu hari tu aku bergurau dengan adik, bergelak ketawa padahal waktu tu maghrib. Bapak panggil aku dan adik keluar. Aku dah cuak..
Aku keluar dari bilik dan jalan ke arah bapak yang tengah duduk atas sofa. Sambil jalan, aku curi pandang muka bapak yang ketat dan tak berperasaan. Bapak tanya sekarang pukul berapa dan aku jawab. Malam ke siang dan aku jawab.
Bila bapak puas hati dengan jawapan aku, di lempangnya muka aku. “Dah tahu maghrib kenapa bising,” terketap – ketap gigi bapak waktu tu. Menangis aku tahan s4kit dan terk3jut. Adik yang tercegat dekat sebelah dah takut sebab lepas ni giliran dia.
Bapak ada buat kolam ikan. Kolam tu besar. Satu hari, aku balik sekolah. Panas. Aku tengok kolam tu, dah siap cuma air dalam kolam tu keruh sikit. Waktu ni tak letak ikan lagi. Aku tukar baju dan masuk dalam kolam. Bila kakak balik, dia terk3jut tengok aku.
Dia tanya boleh mandi ke? Aku cakap boleh je. Dia risau. Sebab biasanya waktu tu bapak balik makan tengahari. Aku pun bagitahu kakak sekarang dah lewat kalau nak balik makan tengahari. Kakak aku pun excited dan join aku.
Budak-budak mana je yang tak seronok bila nampak kolam? Cuba bagitahu.. Tengah seronok berendam, kereta bapak sampai depan rumah. Aku dan kakak waktu tu memang pucat tak berd4rah, cepat-cepat keluar dan berlari masuk.
Lepas siap pakai baju, kami pergi ‘menghadap’ bapak yang bersedia dengan rotan di tangan. Bapak beli rotan tu khas untuk mengajar anak-anaknya ya. Ada waktu yang kami kena rotan dengan bapak, memang berkurung jelah dalam bilik tak keluar walaupun perut lapar sebab takut bertembung mata dengan bapak. Macam singa kelaparan.
Bila macam tu, emak akan bawak pinggan berisi nasi dan suap kami depan pintu bilik. Tak pernah sekali pun bapak minta maaf sebab pukul dan rotan kami (kecuali hari raya). Bapak akan buat macam tak ada apa yang berlaku lepas tu dan bapak pun mengharapkan kami buat benda yang sama.
Sejak dari tu setiap kali bapak balik dari kerja, tak ada seorang anak pun yang berlari sambut bapak. Kau tahu kan macam mana budak happy bila dengar enjin kereta ayah dia masuk garaj rumah? Menj3rit berebut nak bukakan pintu. Tapi kami tak. Dengar je bunyi enjin kereta, terus bertempiaran lari masuk bilik.
Bila selalu sangat bapak balik dan rumah nampak kosong tak berpenghuni, bapak mula bising. Bapak kata, “Manalah pergi orang dalam rumah ni. Kerja berkurung dalam bilik. Buat apa pun tak tahu.” Aku ingat lagi waktu tu aku darjah 3. Tak ada angin, tak ada ribut, bapak suruh bawa keluar semua buku latihan untuk setiap subjek. Bapak nak semak.
Bapak bagitahu kalau bapak jumpa kerja sekolah yang tak siap atau ada telinga kera, bapak akan rotan berdasarkn jumlah. Adik beradik aku yang lain sibuk double check page buku latihan masing-masing. Aku tak. Aku buka almari baju dan bawa keluar seluar dalam.
Aku pakai berlapis – lapis sampai aku puas hati. Adik beradik tanya aku buat apa, aku cakap untuk kurangkan rasa s4kit bila kena rotan. Mula-mula mereka gelak tapi idea aku diterima pakai. Bila anak-anak m4kin besar bapak dah berhenti naik tangan.
Tapi bapak dah mula hempas barang, marah-marah dan naik suara dekat emak sampai anak-anak dengar. Apa perasaan bila kita sebagai anak tengok dan dengar ayah tengking mak? Aku dah mula rasa tak seronok dengan suasana dalam rumah.
Pandang muka bapak pun aku dah menyampah. Emosi aku dah mula terganggu. Sejak dari tu juga aku jadi sangat peka. Aku peka dengan sebarang perubahan situasi. Contohnya, aku baru balik dari kelas petang dan aku tengok muka bapak yang tak mesra alam, suasana rumah yang rasa suram dan muram.
Aku tahu waktu ni aku kena elakkan dari buat salah atau benda yang boleh trigger rasa baran bapak. Haritu waktu aku praktikal dekat satu company ni, keadaan dalam office tu sangat membuatkan aku dejavu dengan apa yang aku pernah rasa masa kecil.
Benda ni membuatkan aku terfikir, aku tr4uma ke? Sebab ada satu kejadian baru ni. Haritu jiran belakang rumah datang k3tuk pintu nak pinjam motor. Banyak kali dah dia minta nak pinjam motor tapi emak memang tak bagi. Dia ni s4kit sikit.
Aku memang tak bukalah pintu sebab aku sorang dekat rumah waktu tu. Dia k3tuk macam nak pecah pintu. Tak cukup dengan tu dia pergi tolak tingkap nako. Jantung aku waktu tu rasa nak lompat keluar pakej tangan menggigil.
Situasi ni pernah berlaku masa aku sekolah menengah. Ada dua orang lelaki datang rumah, bagi salam dan k3tuk pintu cari bapak. Lama. Tak cukup dengan tu dia jengah dekat tingkap. Tapi tingkap gelap jadi tak nampak.
Bapak ada dekat rumah tapi bapak buat macam rumah tak ada orang. Tapi baiknya bapak bila dia tak lupa tanggungjawab. Bila raya, baju beli berpasang – pasang. Makan tempat sedap-sedap. Mainan banyak sangat dekat rumah. Bersusun.
Bapak selalu outstation, jadi dia akan bawa kami semua. Masa kecil memang aku banyak berjalan ke sana ke sini. Aku ada baca confession (Akibat tak dengar kata) dan komen. Betul bapak ada s4ka. Tok ayah (ayah bapak) pun baran orangnya.
Betul juga bila orang yang baran ni waktu hidupnya kurang kasih sayang. Dari kecil lagi bapak dah kerja cari duit. Bila dah habis spm, bapak terus pergi merantau tinggalkan kampung. Tinggalkan keluarga. Bila bapak tak dapat kasih sayang yang sepatutnya bapak dapat dari rumah, benda tu buat bapak jadi keras.
Dia dah diajar macam tu sejak kecil, malah family bapak pun bukan jenis yang tunjuk kasih sayang. Dalam rumah bapak tetapkan undang-undang. Tapi undang-undang ni bertahan selama sebulan je macam hangat – hangat t4hi ayam.
Setiap hari sabtu kami akan baca sifir yang kami dah hafal depan bapak (sambil pegang rotan kesayangan) dan selesaikan calculation yang bapak dah print out. Setiap ahad, semua kena speaking. Kakak aku yang kedua sangat cekap bab calculation, benda ni akan buat bapak gembira.
Tapi kakak sulung aku lemah sangat kalau bab matem4tik. Dia kena marah teruk dengan bapak dan bapak mulalah banding membanding. Sambil menangis kakak aku siapkan calculation. Wahai mak ayah, janganlah dibanding – bandingkan kelebihan dan kekurangan anak walaupun cara bercakap tu berkias, perli, atau nada lembut sekalipun. Jangan.
Kau ingat budak tu kecil dia tak faham ke? Dia tak faham sekarang tapi dia ingat. Bila dia besar, dia faham dan dia akan flashback balik memori tu dan dapat kaitkan dengan situasi. Jaga mulut tau mak ayah, walaupun gatal merenyam mulut tu nak membebel, d4da tu meruap rasa nak pecah tahan marah, sabar.
Waktu aku sekolah rendah, aku dah pandai menipu. Mula-mula aku tipu sebab aku takut kalau aku bagitahu benda yang betul dekat bapak, bapak akan rotan dan tengking aku. Bila aku tipu dan bapak puas hati dengan jawapan aku, aku jadi seronok sebab tak kena marah atau rotan, dan menipu tu terbawa-bawa sampai aku besar.
Jadi check balik, kalau perasan ada anak yang suka menipu ni sebab apa. Kadang- kadang tu sebab per4ngai mak/ ayah juga. Tapi mereka ni tak sedar lepastu salahkan si anak sebab salah pilih kawan dekat sekolah. Bercampur dengan budak tak baik.
Mak/ayah yang perfectionist pun tolong tengok balik diri tu, punya lah nak anak sempurna, cemerlang dalam pelajaran dan hidup sampai tak perasan yang anak sebenarnya m4ngsa. M4ngsa ujikaji mak ayah yang masa dia muda, dia tak berjaya untuk jadi berjaya jadi dia korbankan anak dengan alasan dia lebih tahu.
Waktu naik sekolah menengah, aku pelik kenapa kereta bapak selalu ada dekat rumah. Tak kerja ke? Bila tanya emak, katanya bapak ambil cuti. Tapi lama betul sampai kawan aku tanya sebab dia selalu datang rumah.
Kebetulan pula aku dapat biasiswa negeri padahal aku saja minta dan aku tak rasa aku
akan dapat sebab ramai lagi yang lebih memerlukan. Ada satu hari aku terlebih rajin nak
buka peti surat. Banyak sangat surat dalam tu dan semuanya tertera nama bapak.
Ada satu surat yang membuatkan aku rasa gatal sangat tangan nak buka. Aku baca, surat dari mahkamah. Selesai baca aku letak balik dalam peti surat elok-elok. Bila bapak keluar nak ambil surat, dia marah dan tanya siapa yang buka surat dia.
Semua yang tengah tengok tv masa tu diam, senyap tak terkata dan aku si pesalah turut memandang kosong macam tiada apa berlaku. Bapak pergi lepas tak ada yang mengaku sambil membebel dengan marah. Emak start buat pelbagai kuih setiap malam untuk hantar dekat kedai jual sarapan.
Sedap kuih emak walaupun tu pertama kali emak buat untuk jual. Untung kuih tak banyak tapi boleh la guna sikit-sikit untuk harian. Barulah aku tahu bapak berhenti kerja. Bapak cari kerja banyak tempat tapi seolah-olah pintu rezeki tertutup untuk bapak. Bapak mula panas dengan banyak benda nak bayar.
Per4ngai bapak yang macam orang tak betul, selalu herdik emak buat aku dan adik beradik benci sangat. Sampai geli nak panggil bapak. Nama pun tak mahu sebut. Jadi kami bagi gelaran OG dekat bapak. Rumah yang dulu bercahaya penuh lampu dah mula gelap gelita.
Duduk bergelap kami dalam rumah sehari dua. Bil eletrik kena potong sebab dah lama tak bayar tapi bapak pandai. Bapak beli wayar untuk sambung balik (aku tak tahu sangat benda ni). Bapak sambung balik kabel eletrik yang dipotong tu secara h4ram, jadi kami
yang duduk dalam rumah tu pun menggunakan sumber eletrik yang h4ram.
Jadi untuk menipu pihak tnb yang lalu lalang check rumah, bapak balut semua tingkap dengan plastik hitam. Bagi nampak gelap je. Rumah kami ada 4 ruang tamu dan hanya ruang tamu keempat digunakan. Bapak g4ntung langsir tebal untuk halang biasan cahaya lampu sebab rumah tu ada banyak pintu kaca.
Nak bergerak dalam rumah pun tak bebas sebab kawasan dikecilkan. Perlahan-lahan aku pergi dekat tingkap, aku selak sikit plastik hitam yang menutupi tingkap dan aku lihat sekeliling rumah yang dari luar nampak gelap gelita. Memang ketara sebab rumah – rumah lain bercahaya penuh lampu. Rumah.. Mengapa kau tak lagi ramah? – Pluto (Bukan nama sebenar)