Taknak bagi ikan melekat dan meletup di kuali tips ini boleh membantu tapi jangan lupa masukkan benda ini. Kalau tidak berkecah minyak di sana dan sini gara-gara ikan meletup ketika digoreng.
Bukan setakat itu sahaja, ibu-ibu pun stress melihat ikan yang melekat dekat kuali sehingga terburai isi ikan di dalam minyak gorengan itu.
Bagi mendapatkan hasil ikan goreng yang terbaik, mari ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini berkenaan empat tip menggoreng ikan supaya tidak melekat.
1.Basuh periuk sebersih-bersihnya
Kadang-kadang, ikan goreng melekat pada permukaan kuali kerana ia tidak dibersihkan dengan betul!
Gunakan besi penggosok yang berkualiti dan sental setiap sudut periuk supaya tidak ada bekas gorengan semalam yang masih melekat.
2.Ikan goreng masih melekat? Cuba tambah asam keping
Kalau ikan masih lagi melekat, cuba tambahkan beberapa keping asam ke dalam kuali.
Siapa sangka, asam keping boleh mengurangkan risiko ikan meletup semasa menggoreng!
Selain itu, asam jawa pula boleh digunakan sebagai perapan ikan. Sama seperti asam keping, ia boleh mengurangkan bau hanyir ikan.
Malah, perapan asam jawa boleh buatkan isi ikan jadi lebih pejal. Jadi, tidaklah ikan meletup-letup apabila digoreng nanti!
3.Letakkan banyak minyak
Jangan kedekut semasa menuang minyak. Jika anda ingin menggoreng ikan, pastikan jumlah minyak yang digunakan cukup untuk menenggelamkan sekurang-kurangnya ½ badan ikan untuk elakkan kulitnya melekat pada kuali.
4.Pastikan minyak panas sebelum masukkan ikan goreng
Ini yang orang selalu skip semasa goreng ikan! Pastikan minyak benar-benar panas sebelum masukkan ikan. Tetapi, jangan terlalu panas pula ya!
Ikan tidak akan menjadi garing jika digoreng dalam minyak yang tidak cukup panas. Malah, besar kemungkinan, ikan akan jatuh ke bawah dan melekat pada permukaan kuali sewaktu menggoreng.
Anda boleh gunakan tip orang lama untuk tahu sama ada minyak sudah cukup panas ataupun tidak. Sebagai contoh, cuba baling beberapa biji beras atau gorengkan 1-2 keping keropok. Jika ia mengembang dengan pantas, maksudnya minyak telah sedia untuk digunakan!
5.Gunakan salutan yang betul
Sebelum menyediakan ikan goreng, ada beberapa jenis salutan yang boleh mengurangkan risiko kulit ikan melekat pada permukaan kuali.
Salutan yang pertama adalah menggunakan tepung beras. Anda boleh tambah tepung beras bersama garam dan kunyit sebelum menggoreng. Hasilnya, ikan akan jadi lebih rangup dan mudah diangkat.
Selain itu, anda juga boleh gunakan kulit bawang. Letakkan kulit bawang dalam kuali dan goreng bersama ikan. Kaedah ini juga boleh diaplikasikan semasa menggoreng ayam, sotong atau udang.
Baca juga: Media kecewa sampai 6 kenderaan polis kawal. Siapa dia? VVIP ke?