Pepatah ada berkata ukur baju di badan sendiri. Pepatah ini sesuai digunakan bila kita nak berbelanja kerana perlul dilihat keadaan kewangan kita adakah mampu untuk memilik barang tersebut. Dek kerana tidak mampu lalu membuat keputusan untuk berhutang dan akhirnya menjerat diri sendiri. Ikuti kisah ini untuk teladan kita bersama.
Sebenarnya aku tulis ni berdasarkan kisah jiran aku. Tapi apa yang berlaku kat dia adalah sebagai satu pengajaran dan ilmu untuk diri aku jugak. Dari kisah dia, aku mula mengubah hidup dan set dalam mind, benda kecik pun jangan berhutang. Sebab benda tu akan makan diri.
Dan yang penting, percaturan duit ni kena betul-betul plan. Kalau tak mesti kita terperangkap dalam tu. Jiran aku ni hari tu suami dia kena sakit tulang belakang. Sebab suami dia bawak lori. Jadi lepas operate, suami dia dah tak boleh kerja.
Mc pun company bagi 3 bulan ja rasanya. Lepas tu company terus buang je dia. Company dia kata kalau dah sihat nanti baru join semula. Masa tu depa baru beli kereta proton. Anak 3 orang semua sekolah. Ada sekali tu mak aku pergi tanya khabar dia, lepas tu entah macam mana dia tercerita perihal keluarga dia.
Dia kata mujur isteri dia kerja kilang 12 jam ada shift. Gaji sebulan dekat 3 ribu kalau buat ot. Jadi lepas la nak bayar loan kereta dan uruskan rumah. Kalau tak mesti sangkut. Lepas tu dah berapa bulan tu, suami dia cerita kat mak aku.
Mak mertua dia dah bising sebab api air dah dapat notis nak potong. Mak aku tanya kenapa, dia kata bil api tunggakan 400 lebih. Bil air pun dekat 300. Sebenarnya suami dia tu dok rumah mak mertua. Depa takde rumah sendiri.
Mak mertua masa tu pergi rumah anak lain jaga pantang. Bila balik terkejut gamaknya tengok bil semua tertunggak. Tapi sebelum ni dia kata bil dia bayar. Jadi mak mertua tak ambik tau. Cuma hari tu mak mertua dia tertengok bil kot, terus terkejut orang tua tu.
Mak aku tanya la, api pakai banyak ke. Bil sebulan berapa. Dia kata sebulan dalam 10 ringgit ke 20 ringgit macam tu ja. Sebab rumah dia orang bukan ada aircond. Mak aku kata sikit ja. Kenapa boleh jadi tunggakan banyak macam tu.
Dia kata tu la silap dia. Dulu ingat sikit ja. So selalu fikir nanti dalam 50 ke 100 ke aku bayar la. Malas nak pi pejabat pos untuk bayar sikit-sikit. So dia memang sengaja biar tertungak. Tapi bila nak bayar bulan ke depan tu, amount bukan sikit.
Duit terpakai ke lain, tak lepas nak bayar. Untuk elak kena potong, dia bayar sikit. Dia fikir asalkan ada elektrik ok dah la. Sedar tak sedar bertahun dia buat taktik macam tu sampai hutang bertimbun. Kiranya macam tunggakan dia tu tak boleh settle dah.
Kadang-kadang bulan tu bila nak bayar, tiba kena servis kereta. Servis kereta kena yang major dekat 6 ratus bayar. Jadi tak bayar jugak bil api dan hutang lain. Lepas tu dia fikir gaji bulan depan dia nak bayar separuh ke. Tapi tiba astro pulak call, kata nak potong. Duit bayar kat astro. Sebab astro pun ada tunggakan.
Ibarat gaji tu dok rolling hutang ja la. Lagi satu depa ni suka beli barang pakai shopi pay. Setiap hari shopi hantar barang. Walaupun barang tu berapa ringgit ja. Tapi sebab beli banyak. Tak sedar bulan tu ja dah 200 lebih. Sebab beli barang jenis main klik ja.
Lagipun shopi pay kan kalau barang seringgit pun bulan depan dia kata bayar 40 sen. So dia orang rasa murah sangat. So walaupun depa nampak gaji 3ribu, campur gaji dia bawak lori masa tu 3k jugak. So total family 6k. So depa rasa mampu ja bayar. Sebab tu depa berani berhutang. Tapi tak buat percaturan masa kedepan.
Lagi satu kena bagi duit kat mak mertua. Anak 3 orang tuisyen, sebulan kat situ ja 3-4 ratus. Tu tak masuk belanja sekolah anak, makan minum pakai lagi. Sekarang 1 masalah baru pulak. Sebab kononnya nak duduk rumah sendiri, bini dia beli rumah teres 2 tingkat yang harga 300k. Sebulan kena bayar 1500.
Masa tu depa fikir mampu. Kononnya dah bajet, duit gaji suami dia bayar kereta dengan rumah. Untuk makan, hal sekolah, hal anak rumah semua duit bini dia. Tiba loan pun dah lepas. Masa tu suami dia masih bekerja. Lagi satu, hari tu suami dia operate tulang belakang dekat hospitaI private. Sebab ada kad insurance.
Tapi insurance bukan cover semua. Masa nak discharge, kena bayar 8ribu. Terkejut bini dia. Habis la pergi gadai barang kemas untuk settle bil hospitaI. Tapi tak cukup duit. HospitaI private pulak setiap hari dia akan cas duit bed dan makan selagi tak settle bil. So bil semakin naik.
So bini pergi la pinjam merata. Mujur anak sedara sorang kerja hospitaI tu. So mintak tolong la supaya duit tu tak naik. So untuk settle bil tu, dia pun pinjam orang. Dengan barang yang gadai nak tebus lagi. Sekarang hutang dah makin banyak.
Sekarang suami dia dah pi kerja bawak lori balik. Tapi company lain. Lori kecik kerja tak banyak masa. Sebab suami dia tak boleh duduk lama jugak. Dia mengadu la rasa macam tak boleh nak kerja bawak lori lagi dah. Sebab kena angkat barang berat.
Ni sekarang bini dia tengah pregnant. Bini dia kata rasa tak larat sangat nak kerja. Rasa nak berhenti pun ada. Kilang pulak production dah kurang. So ot tak dak. Sekarang depa dok buntu la macam mana nak rolling duit. Nak bayar rumah, kereta, hutang-hutang lain lagi.
Mak aku kata, dia dengar pun rasa sesak nafas. Tambah yang alami tu lagi rasa sesak. Mak aku tanya dia, habis macam mana nak buat ni. Dia kata tak tau la. Mak aku cadangkan astro, mana tak penting potong dulu la kalau tak perlu.
Dia kata tu la. Anak punya tuisyen pun yang 2 orang rasanya tak nak hantar dah. Nak jadi cerita, aku ada 1 rumah, memang biar kosong. Selalu bil api dok mai 4 ringgit 5 ringgit. Aku memang tak pernah bayar pun. Hari tu tengok dah 110 ringgit. Sebab bertahun tak bayar.
Terus aku teringat kat jiran aku. Masa tu jugak aku pi bayar lumsum. Sebab masa tengok 5 ringgit, kita rasa sikit ja. Bila dah beratus, terus rasa macam dah banyak, dan mau time tu tak cukup duit. Mesti tak boleh bayar. Sebab 100 pun banyak.
Macam ni la kot orang terjerat dalam hutang. Hutang pun sikit-sikit,lama-lama jadi bukit jugak. Jadi sekarang aku buat style mak aku. Biar kita bayar lebih dalam 20 ringgit ka 50 ka masa ada duit. Kurang-kurang kita tak hutang, malah dah bayar untuk ke depan. So bil pun setiap bulan tak tinggi.
Kisah abang tu betul-betul buat aku sentiasa alert bab hutang dan betul kata orang tua, ukur baju di badan sendiri. Rumah memang 1 keperluan, tapi kena fikir masa hadapan mampu bayar ke tak. Sebab terik4t dengan bank bukan setahun dua,tapi 35 tahun. Harap kita semua dijauhi dari hamba hutang. Sekian.. – K (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Aedy Ashraf dedah dalam satu program sembang, mengapa dia tak ambil SPM?