Tiada isteri yang mahukan suaminya menduakan cintanya dengan berkasih-kasihan dengan wanita lain.
Bahkan andai diberikan pilihan, ramai wanita memilih untuk bercerai dari melihat suami kesayangan dikongsi dengan wanita lain.
Wanita ini berkongsi kisah benar suaminya yang dahulu amat susah hidupnya dan kini apabila sudah dalam kategori berjaya ingin menikah satu lagi.
Salam semua. Maaf aku sangat negatif sekarang ni. Sangat s4kit tapi terp4ksa tenang di depan suami dan anak. Tambah lagi tengah panas dengan isu poligami. Terasa ditampar sebab diri sendiri turut menjadi ‘m4ngsa’.
Macam mana poligami zaman ni terjadi? Boleh bagitahu tak poligami tanpa curang kecil atau curang besar ni wujud ke zaman ni? Sebelum buat keputvsan nak kahwin kali kedua, mesti wajib curang kecil dulu kan. Satu, curang di hati. Hati berkenan ke perempuan lain.
Curang kecil yang pertama sebab dah ada isteri tapi masih boleh hati jatuh ke wanita lain. Dalam fikiran pun mesti asyik fikir perempuan tu kan? Kira macam jatuh cinta sebelum kahwin dengan isteri pertama la. Orang jatuh cinta ni, faham – faham la macam mana.
Kedua, berhubung, mesej di belakang isteri pertama. Selepas jatuh hati atau sebelum jatuh hati, macam mana boleh berkenalan? Selain jumpa depan – depan, mesti ada text juga kan? Tak kan la hari-hari jumpa jumpa depan depan dengan calon kedua tu, mesti ada text.
Macam waktu pertama kali mesej dengan isteri pertama sebelum kahwin la. Ketiga, buat keputusan untuk kahwin kali kedua ni, sebelum atau selepas bagitahu isteri pertama? Dah buat keputusan dengan calon kedua, baru bagitahu isteri pertama?
Kalau buat keputvsan dulu, ni pun curang kecil la kan? Banyak betul soalan aku. Adakah sesi jatuh cinta suami dengan calon isteri kedua tu dikira curang atau tak? Ada dosa tak nak situ? Curang kecil. Aku dah susah senang bersama suami.
Dari dia gaji RM800 sebulan sampai gaji RM15k sebulan. Aku setia. Aku baru 28 tahun, anak satu dengan dia tapi suami dah ada calon isteri kedua umur 25 tahun. Aku tak tahu calon isteri kedua tu penyOndol atau dia disOndol oleh lelaki aku.
Apa salah aku? Bagitahu aku kalau aku salah. Aku akan cuba betulkan. Setiap kali aku tanya, suami kata aku baik dan perfect dah. Habis tu?? Hari-hari dia akan update gambar dan video sayang aku. Hari-hari dia update pasal hargai aku, cinta aku, tak akan lukakan aku di sosial media.
Aku tak nak g4duh bila suami aku bagitahu nak kahwin lagi. Aku tenang. Hati aku dah h4ncur bila aku fikir SESI PERKENALAN MEREKA. Berapa lama dia curang kecil belakang aku sebelum bagitahu aku. Aku tahu keputusan nak nikah bukan kejap, mesti lama dia curang belakang aku.
Ya.. Aku bagi izin. Tapi jangan harap aku restu. Aku plan nak h4ncurkan dia, sebab aku yang “siapkan” dia bagi dia nampak sempurna di mata calon kedua tu. Dia dulu tu dengan gaji RM800 macam pengemis pun ada.
Maaf aku bukan remehkan orang gaji RM800 ye. Komen ni specific untuk suami aku yang pernah bergaji RM800. Aku je kot bodoh. Suami aku ingat dia yang dulu tu macam pengemis, calon kedua tu pandang ke? BOdoh betul aku ni.
Tunggu balas d3ndam dari aku. Tunggu mereka berdua kahwin, aku mulakan plan aku. Aku akan hisap sampai kering harta – harta kau sampai kau tak ada apa-apa, tengok isteri kedua tu setia ke tak? Diam bukan tanpa bodoh.
Penat betul jadi baik di mata suami ni. Alih-alih kena pijak rupanya. Aku harap admin siarkan confession aku ni. Risau juga ditend4ng sebab berbaur negatif kan. ~Wifey engkau (Ma) (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Lebih 10,000 pelajar tidak hadir duduki SPM, KPM bakal ambil tindakan tegas