Andai dapat diundurkan masa, pasti semua orang mahu bertemu dengan ahli keluarga mahupun pasangan yang sudah dijemput oleh Allah.
Kekesalan dalam jiwa hingga menyebabkan ahli keluarga tiada pasti meninggalkan luka yang sangat dalam di hati.
Lelaki ini menceritakan kisahnya yang menganiayai isteri serta anak hingga keduanya ditarik oleh allah dan kini hidup dalam kekesalan hingga ke akhir hayat.
BINI AKU DAH LARI! Aku tahu kenapa bini aku lari. Dulu aku jahat tak kerja, bini aku senyum je pelihara biawak hidup. Mak aku dan adik beradik aku semua benci aku. Tapi bini aku tetap hormat dan sayang aku.
Bini aku sabar je aku m4ki aku pukul, dia tak berenti doakan aku ajar aku solat ajar, aku baca quran sampai aku jadi baik sikit la. Bila aku jadi baik aku memang sayang sungguh kat bini aku. Ye la, mak aku pun tak pernah p4ksa aku solat dulu.
Mak aku pun tak pernah marah aku buat jahat, mak aku macam tak peduli. Mak buat kerja dia je, berniaga kedai makan. Sekarang bila aku dah baik sayang anak bini, rajin ke masjid, dan ada sikit rezeki Allah bagi aku.
Mak aku pulak ambik peranan, dia ajar aku secara halus suruh aku benci bini aku. Aku tak perasan, sump4h, aku ikut kata mak aku. Kata mak, “kau jangan manjakan sangat bini, malu kat orang dok tolong bini buat kerja rumah. Duit kau tu kau simpan, makan minum pakai la duit bini kau sudah la. Duit kau jangan dok boros belanja, simpan bekalan kau tua esok – esok.” Padahal bini aku lah yang ada masa aku susah, masa mak aku buang aku dulu, sampai bini aku meninggal sebentuk cincin pun aku tak pernah beli untuk bini aku sepanjang kahwin sampai lah dia meninggal.
Kenapalah aku buta, kenapalah aku tak sedar semua tu. Bila aku ada duit aku bagi bini aku sikit je, kalau aku dapat untung 1000, aku pandai bagi bini 100 atau kadang 150, itu je. Tapi kat mak aku, aku bagi banyak sebab mak aku ni dia pandai bodek aku bila ada duit.
Lepastu mak aku ni jenis tak boleh tengok anak laki dia sayang bini. Mak aku tahu aku suka pukul bini sebab depan mak bapak aku pun aku buat tapi mak aku tak pernah bertegas pun dengan aku. Dia macam seronok pula aku marah m4ki pukul bini aku.
Aku cukup berkira dengan bini dalam soal duit padahal bini lah yang hari – hari bagi makan pakai aku dengan titik peluh dia duit dia. Tak pernah pun dia berkira. Satu hari bini aku tak ada duit dan anak baru mula sekolah.
Biasalah rezeki ada pasang dan surut. Aku masa tu ada duit, korang tau tak, aku sikit pun tak hirau masalah bini aku dengan anak nak sekolah. Eletrik bulan – bulan dah tak bayar, tak terdetik pun nak bayar. Bila orang nak potong bil, bini aku lah yang bersusah cari duit.
Bil rumah mak aku boleh pulak aku bayar. Aku tak hulur kat bini aku duit tapi aku hulur kat mak bapak aku. Padahal diorang dah berduit dan tak lah memerlukan sangat. Mungkin bini aku terasa, 2 3 bulan sebelum dia nak pergi tu dia layan aku biasa – biasa je.
Bila duit aku dah habis, dia dapat rezeki banyak, dia dah tak hulur kat aku macam sebelumnya. Dia banyak buat kerja sendiri tak bincang dah dengan aku. Aku tak sedar yang dia tu berubah sebab aku. Aku benci dia, selalu kata aku nak cari bini lain dah.
Aku kata aku benci kat dia, sampai lah dia dah pergi, dia meninggal dunia. Dia meninggal secara meng3jut. Petang tu kami berg4duh, aku ni entah lah. Bini aku buat dah betul tapi aku nampak jugak salah dia. Aku m4ki dia, aku nampak dia menangis masa solat.
Malamnya lepas solat isya’ dia jatuh pengsan. Allah dah ambik dia dari aku, mesti semua boleh bayang perasaan aku dan tangisan aku masa tu. Tiga tahun aku d3rita macam orang gila, kata doktor sebab – sebab dia meninggal ada pembuluh dar4h yang pecah sebab hentakan lama.
Aku teringat, adakah sebab aku yang selalu pukul dia dulu – dulu tanpa ehsan, aku buat bini aku macam binatang. Sekarang bini aku dah tak ada, Allah dah ambik bini aku. Sebulan lepas tu anak aku pula pergi tinggalkan aku.
Aku menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan bini aku. Aku selalu buat dia sedih tapi dia selalu senangkan hati aku, ikut kata aku. Aku tengking pun dia sabar, aku pukul dia pun, dia maafkan aku. Sekarang dah 5 tahun bini aku pergi, aku pernah berkahwin tapi hanya bertahan 3 bulan je. Sump4h !!! Tak ada wanita sebaik arw4h bini aku, aku tak nak kawin lagi. Tak ada dah yang sebaik bini aku. Sayang, abang harap sayang ampunkan abang, hari – hari abang rindu sayang, rindu anak kita. Abang tahu sayang selalu s4kit – s4kit badan s4kit kepala.
Sayang selalu tak sihat tapi abang tak kisah. Abang biarkan sayang berfikir soal duit dan rumah. Abang biarkan sayang tertekan dengan sikap abang. Kalau sayang kembali pada abang semula, abang janji abang nak bahagiakan sayang.
Nak suruh sayang rehat tanpa fikir hal duit belanja dan semua. Abang nak jaga sayang, abang tak nak sayang buat kerja rumah abang nak sayang rehat macam sayang jaga abang dulu. Abang rehat, abang tak fikir duit ada ke tak ade ke, yang abg tahu abang boleh dapat apa yang abang nak. Terima kasih sayang.
YaAllah, abang menangis saat menulis ni. Sayang adalah cinta abang dunia akhir4t. Abang redha ke atas sayang semuanya. NUR AIN AWAK ISTERI TERBAIK. Abang dah jadi bilal masjid kampung kita sayang. Abang dah tunaikan impian sayang untuk jadikan abang bilal dan imam walaupun sayang tak sempat tengok. Terima kasih sayang didik abang kenal Allah.