Tiada sesiapa yang mahu kekal dalam perkahwinan yang didasari dengan penipuan serta tanpa kasih sayang lebih-lebih lagi wanita.
Mereka sememangnya makhluk tuhan yang penuh dengan emosi dan perlu didampingi dengan suami yang cakna dalam hal-hal rumahtangga supaya tidak terbeban keseorangan.
Wanita ini pula mendakwa bapanya curang dengan ibunya sejak berpuluh tahun yang lalu serta makan luar secara diam diam.
Assalamualaikum. Saya Alia, berumur 24 tahun, baru graduate dari universiti dekat pantai timur. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Saya tiada sesiapa nak luahkan disebabkan hal yang saya nak ceritakan ini perkara aib, jadi saya luahkan di sini.
Saya anak ketiga dari 4 orang adik beradik. Ibu seorang surirumah yang berniaga nasi lemak dan abah saya ask4r yang dalam proses nak pencen. Abah tinggal kat Kuala Lumpur seorang diri, bekerja di sana dan hanya balik sebulan sekali selepas gaji. Dah dekat 10 tahun hidup kami sekeluarga macam ni.
Abah tak macam abah orang lain. Sepanjang dah 10 tahun ibu dan abah tinggal berasingan, abah cuma jalankan tanggungjawab dari segi nafkah duit belanja bulanan dan barang dapur. Masa abah di KL, abah takkan pernah telefon untuk tanya khabar.
Hanya ibu yang akan telefon bila ada urusan penting. Abah tak pernah ambil tahu kehidupan kami kat sini. Kami pun tak pernah tahu apa abah buat kat sana. Bila abah balik hujung minggu selepas gaji, abah hanya tidur dan tengok tv.
Bila ibu ajak bersembang, abah tak pernah layan. Ibu cuma cakap sorang – sorang. Abah tak pernah ambil tahu pasal ibu, tak pernah ajak ibu jalan-jalan, shopping macam pasangan lain. Sejak saya kecil, ibu dah berniaga kecilan untuk bantu abah dalam belanja anak – anak.
Abah tahu ibu pandai cari duit dan jarang meminta dengan abah kecuali untuk urusan persekolahan anak – anak. Untuk ibu sendiri, ibu tak pernah minta apa – apa dari abah. Walaupun sekarang abah dah senang. Abah banyak duit, tapi nafkah sebulan abah masih beri RM800 sebulan untuk ibu.
Saya yang tinggal dan hidup dengan ibu tahu yang RM800 tak cukup, tapi ibu tak pernah sekalipun menyusahkan abah. Ibu berniaga dan cari duit sendiri untuk menampung perbelanjaan. Itu serba sedikit kehidupan kami sebelum saya ceritakan lebih lanjut.
Perkara ni bermula waktu saya berumur lebih kurang 12 tahun, waktu kami masih tinggal sebumbung dengan abah di Kuala Lumpur, saya pernah terjumpa mesej abah dengan perempuan lain. Saya tak pernah ceritakan isi mesej tu pada sesiapa sebab saya sendiri malu nak sebut apa yang mereka bualkan. Saya cuma diamkan.
Tak lama selepas tu, ibu dan kami anak – anak berpindah ke kampung. Dan masa tulah, abah kantoi curang. Jiran kami masa di kl yang beritahu ibu. Ibu cuma tenang. Ibu tak pernah sibuk – sibuk cari perempuan tu. Tapi saya dengar ibu solat dan menangis malam – malam.
Ibu tanya abah tapi abah cuma diam dan perkara tu berlalu. Dah 12 tahun perkara tu. Saya fikir abah dah berubah. Bila tengok abah rajin solat awal waktu. Tapi saya silap. Hari ni, abah balik. Biasanya abah akan sampai dalam pukul 3 pagi. Dah bertahun macam tu.
Saya tahu agak pelik dan saya sendiri pun pelik dengan per4ngai ayah. Tapi sebelum ni saya malas nak ambik tahu dan saya pasti ibu juga malas berburuk sangka pada abah. Tadi selepas ibu dan abah keluar hantar adik bongsu saya ke sekolah asrama, saya kemaskan rumah.
Saya cari h4nger dalam almari ibu nak sidai kain. Ternampak beg pakaian abah kat tepi almari. Saya geledah beg abah dan jumpa handphone kedua abah. Tak ada password. Saya tahu tak baik berburuk sangka tapi seperti yang saya jangka, abah masih buat perkara tu.
Saya jumpa conversation abah dengan perempuan lain dan mereka baru balik bercuti bersama beberapa hari lepas. Abah tak pernah berubah. Saya tahu ibu tak berapa pandai menjaga diri, menjaga kecantikan. Mungkin sebab itu abah makan luar. Tapi abah tak pernah menghargai ibu.
Segala apa yang ibu dah buat untuk abah, untuk kami, buat saya fikir abah tak layak untuk bergelar sebagai suami ibu lagi. Ibu banyak makan hati sejak mereka awal awal mereka kahwin sampai sekarang dah dekat 30 tahun. Tapi sekalipun ibu tak pernah cerita buruk abah pada sesiapa.
Ibu bangun pagi buat nasi lemak buat kuih untuk sara kami adik beradik. Abah tak pernah tahu ibu susah. Tapi ini yang abah balas dekat ibu. Bencinya saya pada abah sekarang ni. Saya tak tahu perlu atau tidak saya ceritakan pada ibu dan abang – abang saya.
Sekarang ni apa yang saya rasa tak ada abah pun tak apa. Nak sangat saya tunjukkan bukti yang saya ambil tadi, tunjuk pada ibu dan suruh ibu mintak cerai. Selama ni pun abah ada atau tak ada, sama saja. Saya pun dah habis belajar saya boleh tanggung ibu dan adik. Saya tak kahwin pun tak apa.
Saya nak jaga ibu saya nak sentiasa dengan ibu sampai bila – bila. Abah tak layak untuk isteri syurga macam ibu. Pada suami di luar sana, tolong jangan jadi macam abah saya. Akhir kata, mohon para pembaca doakan agar saya dipermudahkan segala urusan. – Anak perempuan (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Balu Abam Bocey kini tunangan orang, peminat titip doa moga bahagia