Pada waktu malam, mesti tidak lari dengan serangga nyamuk yang kebanyakannya sangat aktif apabila berada dalam keadaan gelap.
Meskipun telah dihapuskan dengan aerosol namun kehadirannya masih tidak boleh disekat susulan ia ‘banyak’ daripada yang biasa.
Tidak dinafikan, apabila menggunakan aerosol dalam kadar yang banyak, mesti ia akan habis dalam masa beberapa hari.
Oleh itu, artikel pada kali ini akan berkongsi tentang cara penghapusan nyamuk menggunakan cara ‘manual’.
Menerusi perkongsian Berkebun Di Rumah, ia menunjukkan kaedah untuk mengawal nyamuk sangat mudah dan bahan yang diperlukan juga hanyalah satu sahaja.
Mari ikuti cara-caranya di bawah ini.
Dalam teknik mengawal nyamuk ini saya menggunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat dengan keharuman Lemon (botol kuning berharga sekitar RM2.80) dan ia berkesan.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini: Tip ini telah diperkenalkan di satu forum gardening.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Pencuci pinggan
Cara-caranya: Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat.
Kemudian, letak dekat poc, patio, meja, kerusi, mahupun di luar rumah. Saya tak pasti apa sebenarnya yang membuat nyamuk itu tertarik kepadanya, samada pada haruman lemon ataupun pinggan berwarna putih itu.
Tetapi ternyata nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3 meter dari pinggan itu.Cubalah, Ia mujarab dan sungguh menakjubkan!
Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu kawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tmpat ada wabak denggi atau lain-lain virus yang boleh menyerang baik haiwan mahupun manusia.
Selamat mencuba!
Baca juga: Bil letrik makin naik, boleh cuba 10 cara ni untuk jimatkan letrik