Sebuah masjid di Magetan, wilayah Jawa Timur, telah mengadakan solat sunat tarawih yang diyakini sebagai yang paling lama di Indonesia kerana berlangsung selama lapan jam.
Jemaah Masjid Agung Al-Fatah yang terletak di kompleks sekolah pondok Al Fatah telah menunaikan solat tarawih dengan menghabiskan kesemua 30 juzuk Al-Quran dalam satu malam.
Menurut laporan, setiap kali bulan Ramadan tiba, Masjid Al-Fatah menjalankan rutin tersebut yang bermula dari pukul 7 malam waktu tempatan dan berakhir sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan.
Jumlah rakaat yang dilakukan adalah 20 rakaat dengan tiga rakaat solat sunat witir.
Jemaah yang mengikuti terawih di masjid itu ialah dari penghafal al-Quran pelbagai sekolah pondok dan tahfiz, selain juga turut diikuti oleh orang ramai.
Baca juga: Usahawan viral dikecam guna sarung tangan ‘jamban’ gaul air asam, sekali KKM pulak komen