Seorang lelaki Arab terpaksa bercerai dengan isterinya setelah mengetahui bahawa wanita itu sebenarnya adalah bekas ibu tirinya sendiri, walaupun mereka telah bersatu selama enam tahun.
Lelaki tersebut yang enggan mendedahkan identitinya mengakui bahawa sepanjang enam tahun perkahwinan, walaupun mereka dikurniakan seorang anak lelaki, dia tidak pernah membawa isterinya berjumpa dengan ahli keluarganya.
Rahsia ini terbongkar apabila lelaki itu nekad untuk memperkenalkan isterinya kepada bapanya dan ahli keluarganya yang lain.
Apabila sampai di rumah, bapanya terkejut melihat menantunya sebenarnya adalah bekas isterinya yang pernah dikahwininya 10 tahun lalu.
Bapa tersebut menerangkan bahawa dia dan wanita itu pernah berkahwin secara misyar, tetapi mereka telah berpisah. Berikutan daripada itu, keluarga ini membuat keputusan untuk mencari khidmat nasihat daripada mereka yang lebih arif.
Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq, menyatakan lelaki tersebut perlu bercerai dengan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Namun demikian, status anak lelaki pasangan ini diiktiraf sebagai anak sah taraf.
Perlu diingat, perkahwinan misyar adalah satu bentuk pernikahan yang dilakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan batin, dan isteri tidak dapat menuntut sebarang hak.
Kaedah ini menjadi pilihan bagi lelaki yang ingin memiliki lebih daripada satu isteri, tetapi enggan bertanggungjawab dari segi nafkah, seperti tempat tinggal dan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Baca: Ramai taktahu ada pemain Malaysia kalahkan Victor Axelsen masa muda, kalau sebut nama ni..