Mat Bangla ini dakwa orang melayu pemalas

Kecoh di media sosial hari ini apabila seorang warga asing yang bekerja di Malaysia selamba membuat hantaran di media sosial kata orang melayu pemalas.

Penghinaa ini dilakukan oleh sorang lelaki bernama Suhail bin Abdulla yang mengaku berasal dari Karala. Tindakan itu jelas menimbulkan kemarahan netizen apabila dia mengutuk Melayu sebagai tidak pakai otak kerana memboikot KK Mart.

Ini selepas KK Mart menimbulkan kemarahan umat Islam pada bulan ramadan dengan menjual stoking bercetak kalimah Allah.

Suhail berkata: “Melayu ini kurang pakai otak. Semua mau boikot, esok ekonomi negara jatuh salahkan perdana menteri.”

Suhail kemudian menghina orang Melayu sebagai bangsa malas. Dengan menyatakan bahawa dia hanya memerlukan 10 tahun sahaja untuk berjaya di Malaysia. Itu bukti bahawa orang Melayu malas, kata dia lagi.

Dia menunjukkan dokumen pengenalan dirinya yang terpampang menunjukkan dia orang negara India.

Tidak cukup dengan itu dia turut memperlekeh dan menghina wanita Melayu yang menurutnya murahan dan mata duitan.

Suhail menyatakan bahawa dia tidak takut kehilangan pelanggan dari kalangan orang Melayu kerana masih ramai lagi bangsa Cina dan India yang datang makan di kedai makannya.

Sambil menuduh orang Melayu ada yang makan tapi tak bayar.

Komen tersebut benar benar membuatkan ramai orang Melayu marah. Kerana ianya dianggap sangat melampau dan provokatif.

Ramai yang menggesa agar laporan polis ke atas Suhail dibuat. Biar polis membuat siasatan ke atas hantaran yang dibuatnya di media sosial.

Baca: “Keluarga kekasih aku orang kaya, bila raya aku bawak keluarga pergi rumah dia, sedih aku keluarga buat macamaku tak wujud”