Mat Saleh ‘diserbu’ gara-gara muat naik hantaran tak suka Kuala Lumpur, rupanya ada maksud tersembunyi

Seorang pelancong atau Mat Saleh dikecam gara-gara menyatakan pendiriannya bahawa Kuala Lumpur adalah bukan destinasi yang disukainya untuk melancong.

Perkongsian itu dibuat di laman Threads menggunakan nama account Twomadexplorers.

Lelaki tersebut turut memberikan satu senarai panjang bandar atau negara kesukaannya yang pernah dilawati selama ini.

Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai dari kalangan rakyat Malaysia yang mahukan penjelasan di sebalik kenyataan itu.

Namun, bagi Lukes dia hanya sekadar melontarkan pendapatnya selepas melihat sendiri keadaan bandar Kuala Lumpur.

Malahan, pelancong tersebut lebih menyukai Pahang, Terengganu serta Kelantan disebabkan budaya mereka serta pelbagai makanan yang disajikan.

Hantaran tersebut kini mendapat likes sebanyak 3.3K dan komen melebihi 1k.

Baca juga: Netizen berbalah isu nama anak Fatin Afeefa, Mufti cakap “Makruh letak nama anak Jibril”