‘Mata masuk habuk’- Pengorbanan anak yang sanggup tinggalkan kerjaya demi menjaga seorang ayah yang strok

Video ini sering kali masuk FYP admin, dan setiap kali itulah admin akan lihat video ini sampai habis. Ya, inilah pengorbanan seorang anak yang terpaksa menjaga ayahnya yang menghidap strok.

Klip video si anak dari mula mengambil makanan dalam peti ais, memotong, menumis dan memasak hinggalah menyuap ayahnya cukup menyentuh hati.

Menurut mStar, pemuda bernama Abdul Muqmin Mazni berkata dia sanggup melepaskan impiannya untuk sambung belajar dan mencari pekerjaan bagi menjaga bapanya.

“Ayahnya yang berusia 56 tahun ini telah menghidap darah tinggi dan diserang strok pada 2016 sehingga doktor menyarankan dia sekeluarga untuk buat pembedahan segera terhadap ayahnya.

“Doktor cakap abah ada darah beku di kepala dan perlukan pembedahan segera. Tapi selepas pembedahan, doktor cakap abah dah lumpuh dan tak ada harapan sembuh sebab ia melibatkan saraf.”

Kerana tidak mampu uruskan diri sendir, ayahnya memerlukan bantuan anak-anak kerana tak mampu untuk uruskan diri sendiri.

Katanya lagi, ibu meninggal dunia lima tahun lalu akibat kanser payudara tahap empat.

Kini, dia dan kakak sulungnya tinggal bersama ayah mereka di Jerteh, Terengganu manakala sorang kakaknya lagi tinggal di Subang, Selangor.

Dia juga meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa berhenti kerja dan menolak tawaran belajar.

“Dulu pada awalnya saya bekerja sebagai juruteknik di SMP Aerospace, tapi saya berhenti sebab lebih mengutamakan abah. Sedih sebenarnya kerana meninggalkan semuanya.”

Walaupun begitu, anak bongsu itu percaya berkat dia jaga ayahnya akan ada yang lebih baik menanti. Dia juga yakin bahawa rezeki bila berbuat baik pada ibu bapa ini amat besar.

“Sentiasa percaya pada rezeki, berbuat baik pada ibu bapa akan dilipatgandakan rezeki. Saya yakin dengan itu dan akan selalu berpegang dengannya. Pekerjaan kita boleh cari tapi bukan kenangan dengan ibu bapa.”

Baca juga: Sekali makcik ni tarik lagu rock ‘Sambutlah Kasih’ boleh terciduk penyanyi sebenar!