Mati akibat terlebih daun ketum, keluarga wanita ini ibarat ‘menang loteri’ kerana menang saman RM50 juta

Akhbar New York Post, kelmarin melaporkan seorang wanita mati selepas mengambil makanan tambahan yang diperbuat dari daun ketum.

Keluarga wanita itu dilaporkan memenangi saman sebanyak RM50 juta yang dianugerahkan sebagai pampasan akibat kematian itu.

Biaggio Vultaggio menemui isterinya Krystal Talavera, 39, terbaring dalam keadaan terlentang di sebelah meja kopi yang mempunyai makanan tambahan keluaran syarikat The Kratom Distro,  Space Dust.

Talavera dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia kerana ‘mabuk mitragynine akut’ yang disebabkan oleh daun ketum menurut Pejabat Koroner Daerah Palm Beach.

“Pampasan bernilai AS$11 juta (RM50 juta) ini perlu menjadi peringatan kepada industri ketum mengenai bahan berbahaya dan tidak terkawal ini,” kata peguam keluarga Talavera, Tamara Williams.

Anak sulungnya, Devin Filippelli menfailkan saman ke atas The Kratom Bistro dan pengedarnya Grow LLC mendakwa makanan tambahan ibunya menghasilkan kesan menyerupai opioid yang menyebabkan kegagalan pernafasan.

Baca juga: “Aku nekad nak isteri aku lenyap malam tu juga, aku cuma nak bahagia dengan Mia sorang”