Mati mati ingatkan kertas ujian, rupanya kad kahwin!

Sekeping kad undangan perkahwinan yang diedarkan oleh sepasang pengantin di Bangladesh menjadi viral di media sosial kerana direka menyerupai kertas penyelidikan

Seorang pengguna platform X, @Rayyanparhlo memuat naik gambar kad perkahwinan tersebut dengan kapsyen berbunyi: “Saya masih tidak percaya ini adalah kad jemputan perkahwinan.”

Kad undangan tersebut mencantumkan nama pasangan warga Bangladesh, Sanjana Tabassum Sneha dan Mahjib Hossain Imon, serta mencantumkan ibu bapa mereka sebagai butiran penulis.

Sejak dimuat naik pada 25 November lalu, ia telah menarik perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya fikir ia adalah perintah mahkamah atau sebagainya,” komen seorang netizen.

Baca juga: Jangan ambil remeh, ini 5 petanda suami mula bosan dengan isteri..silap-silap esok cari perempuan lain!