Mawar akhirnya jawab dakwaanya ditahan dengan menteri dalam satu kereta

Tular satu whatsapp berkenaan dengan DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu semalam.

Lebih mengejutkan, dalam tulisan tersebut menyebut tentang dakwaan ada seorang wanita yang dikenali ramai turut bersama-sama dalam kenderaan tersebut.

Wanita yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta MP kuala Nerus tersebut.

Selepas 2 hari mendiamkan diri, hari ini Mawar dilihat sudah membuka mulut berkenaan apa yang teerjadi sebenarnya.

Di komen terbarunya di Instgaram, Mawar menjawab persoalan yang bermain di komen-komen instagramnya selepas tular gosipnya bersama dengan ahli parlimen dari PAS itu.

Kebanyakanya bertanyakan soalan yang sama, adakah betul seperti yang disebut sebut di media sosial?

Kata Mawar, “Adoi, letih la nak baca. Better cari nasi kandar perut pun kenyang. Macam-macam cerita keluar”

Katanya lagi, “Saya dekat KL ja. Ayoyo lepas sapa pulak nak create”

Sebelum ini, tular juga kenyataan media yang didakwa dari Khairuddin. Tetapi semakan kami, tidak pula disiarkan di laman sosial rasmi menteri tersebut. Berikut merupakan kenyataan media yang tersebar.

KENYATAAN MEDIA

1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.

2. Secara ringkasnya saya;
(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.

(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.

3. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.
Sekian, terima kasih.

YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi