Mawar tepis dakwaan sudah berkahwin, mengaku sedang dalam proses berkenalan

Mawar tepis dakwaan sudah berkahwin, mengaku sedang dalam proses berkenalan. Sebelum ini timbul isu Mawar sudah berkahwin dengan jutawan di sebuah pusat peraginan.

Mawar Abdul Karim, 33, bagaimanapun mengakui dia kini sedang berkawan dan mengenal hati budi seseorang lelaki. Ujarnya, dia mengenali lelaki itu sejak tahun lalu.

“Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seeorang. Saya harap doakan yang yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi.

“InsyaAllah dalam tahun ni, saya minta doa semua. Tapi tunggu dulu kes mahkamah selesai dulu kot baru fikir pasal tu,” katanya.

Menurut Mstar, lelaki tersebut bukanlah dalam kalangan selebriti mahupun ahli politik. Mawar berkata lelaki tersebut hanya orang biasa yang ada perniagaan sendiri.

“Status saya mengenali seseorang sekarang ini dan dia orang biasa sahaja. Saya dah mengenali orang tersebut dah hampir setahun.

“Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut. Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa,” katanya.

Terdahulu, Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka memiliki seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia lima tahun.

Baca Juga: Tepis dakwaan sudah berkahwin, Wany Hasrita mungkin tamatkan zaman bujang tahun ini