Mayat mereput merata tempat, ada digilis kereta kebal, ini hospital paling ngeri dalam sejarah dunia zaman AI

Lebih 300 mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak dilapor mereput bergelimpangan di Hospital Al Shifa di barat Gaza.

Sisa rangka dan ceraian anggota tubuh bertebaran di merata kawasan selepas kompleks itu dua minggu ditawan tentera pengganas Zionis Israel.

Paling ngeri dalam sejarah dunia zaman AI, cebisan jasad mereka yang dibunuh dalam keadaan berikat membuktikan kejahatan Israel sudah tiada tolok bandingnya lagi.

Mayat juga ada yang diratakan oleh kereta kebal, dibakar atau digodam oleh peluru berpandu di hospital terbesar dan utama di Semenanjung Gaza itu sekaligus bukti jelas genosid terkutuk.

Penganalisis konflik Palestin menyifatkan pembunuhan beramai-ramai hospital Shifa lebih teruk daripada gabungan pembunuhan beramai-ramai Deir Yassin dan Tantoura Nakba 1948.

Pegawai perubatan dan kakitangan kesihatan tidak terkecuali dibunuh.

“Israel menyasarkan doktor, jururawat dan orang awam yang tidak bersalah di Hospital Al Shifa tetapi media Barat mahu mempercayai propaganda palsu Israel membunuh 200 pejuang Hamas,” tegas Dr Tanya Hassan dalam satu temubual di televisyen.

Sementara itu, Ketua jururawat di Hospital Al Shifa berkata, kira-kira 30 kakitangan perubatan tidak diketahui nasib mereka.

“Ia adalah jenayah perang sepenuhnya oleh Israel. Kira-kira 30 kakitangan perubatan, kita tidak tahu apa yang telah berlaku kepada mereka. Adakah mereka dibunuh atau ditahan?” katanya lagi.

‘Rumah Kematian’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Sayem, kompleks Hospital Al Shifa dibakar sehingga menjadi kuburan pesakit, kakitangan perubatan, saudara mara dan pelarian.

“Kita menyaksikan kemusnahan sepenuhnya oleh Israel terhadap hospital berkapasiti 700 katil yang paling penting di Gaza, iaitu Kompleks Perubatan Al Shifa,” katanya, lapor BH.

Menurut Omar, nama Shifa yang bermaksud ‘Rumah Penyembuhan’ kini bertukar menjadi ‘Rumah Kematian’ akibat kekejaman oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang menyokongnya.

Jelasnya, hospital itu ditubuhkan 78 tahun lalu dengan mandat kerajaan British.

“Simbol besar-besaran politik penjajahan Israel yang tidak berhati perut dan dengan matlamat untuk menghapuskan rakyat Palestin, institusi sosial dan kehidupan kami.

“Kerajaan AS, Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) patut berasa malu kerana bersubahat dan menyokong jenayah perang Israel dan kekejaman terhadap semua manusia.

“Lihatlah dengan teliti medan pembunuhan di Syifa, jangan sekali-kali melupakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, pelaku dan kuasa yang terlibat,” luahnya lagi.

BACA JUGA Heboh pokok pisang kembali ‘bangkit’, ramai seram sebab mulanya macam nak tumbang