MB Kedah tayang keseronokan main aplikasi Facebook

Banyak betul masa terluang Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Boleh pula pemimpin Pas itu berkongsikan permainan dalam aplikasi atas talian di media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu kelmarin berkongsikan aplikasi tentang “Anda seharusnya dilahirkan untuk membuat kerja apa?” dengan dapatan 99 peratus menjadi cikgu.

Aplikasi tersebut turut menyenaraikan tiga sifat Sanusi iaitu sabar dan baik serta berkongsi pengetahuan anda kepada orang lain.

“Anda tahu banyak perkara,” kata ciri terakhir dalam aplikasi permainan yang menentukan jenis pekerjaan secara rawak itu.

Tiga minit selepas itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah berkenaan sekali lagi mencuba aplikasi tentang sifat peribadi pula.

Aplikasi tersebut kali ini menyenaraikan tujuh kebenaran tentang Sanusi berdasarkan gambar pemimpin Pas itu sedang menjinjing bungkusan di kedua-dua belah tangannya.

“Saja terjebak dengan permainan saja. Tapi ada yang betul…?” tulis Sanusi yang dilihat mungkin seronok dengan permainan atas talian di Facebook.