MB Kelantan rasmi mesin ATM jadi bahan ketawa netizen

Betul! Ini bukan cobaan, ini betul-betul punya cerita. Kadang tak tercapai akal kalau tengok aksi ahli politik di Malaysia ini. Ramai terkejut tengok satu majlis perasmian mesin ATM yang dirasmikan oleh Adun dari Kelantan.

Dalam satu hantaran di media sosial, perkara tersebut sebagai usaha untuk menyebarkan perkembangan terbaru yang dibawa kepada para pengundinya.

Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan yang dijemput khas untuk merasmikan acara tersebut.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen tersebut berkata, “Bagi penduduk bandar, ini mungkin perkara biasa, tetapi di tempat seperti ini, ia mungkin sesuatu yang luar biasa.”

Namun, reaksi netizen terhadap peristiwa ini tidak begitu positif.

Ramai yang merasa tidak puas hati dengan cara perasmian tersebut diadakan.

Seorang pengguna media sosial berkata, “Hanya di Kelate akan jadi luar biasa untuk mempunyai mesin ATM. Di Selangor, mesin ATM tidak begitu relevan lagi kerana kita telah beralih kepada pembayaran tanpa tunai.”

“Sudah hampir 30 tahun mereka memimpin negeri ini. Hanya pada tahun 2024 mereka mempertimbangkan untuk membawa mesin ATM ke kawasan tersebut,” kata netizen lain.

“Pasang mesin ATM bukanlah satu masalah. Tetapi mengadakan majlis perasmian besar-besaran tu menjadi masalah,” komen seorang pengguna media sosial.

Baca: Ini puncanya Kim Kardashian pernah terpaksa hadiri mesyuarat ‘Zoom’ dalam tandas berkunci