McDonald’s dan Starbucks akui konflik Israel-Hamas punca saham menjunam

Kedua-dua syarikat restran terbesar iaitu McDonald’s dan Starbucks menyalahkan perang Isreal-Hamas menyebabkan jualan mereka terjejas sejak akhir tahun lepas.

Saham McDonald’s hampir jatuh 4% kerana kelembapan jualan akibat konflik timur tengah menyebabkan mereka kehilangan pendapatan suku keempatnya.

Saham Starbucks pula jatuh kira-kira 2% sejak pagi tadi apabila syarikatm itu melaporkan situasi perang kekal menjadi topik utama yang menjejaskan jualan sejak tiga bulan lalu.

Syarikat gergasi itu bersetuju mengatakan konflik Israel-Hamas menjejaskan jualan mereka dan mungkin mencapai sasaran permintaan pada suku masa hadapan.

Starbucks menjadi sasaran boikot utama selepas Persatuan Pekerja Starbucks menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski mengakui perang di Gaza antara faktor syarikat itu gagal mencapai sasaran jualan suku tahunan pertama dalam tempoh empat tahun.

Katanya, perang itu mempunyai impak ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.

Pertumbuhan jualan bagi restoran itu di Asia Barat, China dan India pada Oktober-Disember mencapai 0.7 peratus, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus.

Kemerosotan itu berlaku selepas pelanggan di negara-negara Islam berkempen untuk memboikot McDonald’s sebagai tindak balas kepada francais Israel yang menyumbangkan makanan percuma kepada tentera Israel.

Berikutan pengumuman McDonald’s Israel, pemegang francais di Arab Saudi, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Mesir, Bahrain dan Turki secara kolektif memulakan dana bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Walaupun McDonald’s yang berpangkalan di Chicago dikenali sebagai salah satu jenama Amerika Syarikat yang paling ikonik, kebanyakan restorannya di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat tempatan.

McDonald’s adalah antara beberapa jenama dari barat yang berhadapan dengan boikot susulan perang Israel ke atas Gaza.

Minggu lalu, rangkaian kedai kopi, Starbucks mengumumkan pengurangan jangkaan jualan tahunannya, dengan memetik kemerosotan dalam keuntungan di Asia Barat.

Baca juga: Koleksi jam tangan Putera Mateen cecah harga RM800,000 seutas