Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook berkenaan McDonald’s Malaysia yang agak terkesan dengan gerakan boikot oleh rakyat negara ini.
Ia berikutan beberapa premis mereka terpaksa ditutup kerana kekurangan pekerja serta tidak mendapat keuntungan.
Salah-satunya adalah premis yang terletak di Langkawi yang telah beroperasi selama 25 tahun.
Walaupun tidak dapat disahkan kenyataan itu, namun gambar penutupan itu berlegar-legar di laman sosial di laman facebook Langkawi Kini.
Dapat dilihat melalui ruangan komen, ramai yang menyatakan kegembiraan kerana perjuangan umat Islam semakin beroleh kemenangan terhadap rakyat Palestin.
Baca juga: Ira Kazar kini jadi ‘penasihat’ kecantikan tak berbayar, rajin layan peminat di laman sosial