Sebagai tanda protes ekoran kemelut peperangan di anatara Rusia dan Ukraine, McDonald’s adalah antara beberapa rangkaian makanan terkenal dunia dari Amerika Syarikat yang bertindak untuk menghentikan operasi.
Syarikat makanan francais dunia, Mcdonald’s yang menggaji seramai 62,000 pekerja mengumumkan penutupan kesemua 850 restorannya buat sementara waktu.
McDonald’s memiliki lebih kurang 84 peratus cawangan di Rusia dan lebih kurang sembilan peratus hasil keuntungan yang diperolehi datang dari Rusia Dan Ukraine
Sejurus pengumuman tersebut, penduduk Rusia berpusu-pusu menyerbu McDonald’s bagi mendapatkan hidangan burger Big Mac terakhir.
Lapor Daily Mail, ratusan kereta dilihat beratur di luar restoran pandu lalu tersebut, ketika salji mula turun di bandar itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Mcdonald’s di Rusia, Chris Kempczinski berkata, pihak syarikat memaklumkan akan terus membayar gaji pekerjanya yang telah mencurahkan sepenuh hati dan jiwa terhadap jenama McDonald’s.
Semasa rangkaian itu mula dibuka 30 tahun lalu, warga Rusia turut kelihatan beratur panjang di luar restoran kerana tidak sabar untuk mencuba makanan segara dari Barat itu.
Salah seorang penduduk di sana mengatakan keputusan penutupan operasi itu tidak masuk akal dan menyedihkan. Orang ramai terutama golongan remaja kini hilang tempat berkumpul selepas sekolah memandangkan kafe atau restoran lain menjual menu dengan harga yang lebih mahal.
Beberapa produk makanan segera Amerika Syarikat iaitu McDonald’s dijual pada harga lebih tinggi menerusi laman web.
Menurut Anadolu Agency, beberapa burger telah dijual pada harga US$150 atau kira-kira RM647.