Mclaren mewah bukan milik suami Fatin Afeefa?, “Sebelum ni sakan sangat perlekeh kereta orang”-Netizen

Baru-baru ini suami Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali dengan nama Opai sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila melabelkan kereta-kereta yang bukan daripada kategori Supercar sebagai najis. Kenyataan Opai itu membuatkan rata-rata netizen marah dan dia telah menerima kecaman yang hebat.

Sebelum ini, Opai ada memuat naik foto bergambar dengan sebuah kereta berjenama Mclaren dengan memaparkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Selepas perkongsian itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan dan mengesahkan bahawa nombor plat digunakan bukan nombor sebenar serta pemilik berdaftar pula orang berbeza.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Seorang pengguna Facebook telah mencuba untuk mengesan nama pemilik sebenar nombor pendaftaran kenderaan itu. Hasil carian ianya bukan milik Opai, tetapi milik Revenue Scope Sdn. Bhd. yang tidak dimiliki pun oleh individu bernama Aliff Awang. Kenderaan itu juga dimiliki oleh individu bernama Abd Hafiz bin Ab Wasa.

Susulan itu, segelintir netizen mula mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan oleh suami aktres berkenaan.

Baca juga: https://themalaysialife.com/suhu-panas-melampau-pakar-perubatan-beri-amaran-risiko-lonjakan-kes-kanser-kulit/