Media kecewa sampai 6 kenderaan polis kawal. Siapa dia? VVIP ke?

Sampai enam kenderaan polis kawal dia. Siapa dia? VVIP ke? Soal salah seorang pengguna Facebook selepas viral satu kenyataan yang mengatakan pegawai polis yang melanggar mati pelajar sekolah tempoh hari.

“Di mana2 pun ada yang baik, ada yang jahat. Polis pun. Ada yang baik, ada yang jahat.

“Kenapa yang berhati zionis di layan seperti VVIP begini?” kata Abu Bakar Mohd Rashid.

Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh, Perak pada hari ini.

Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak 44 tahun dilakukan di hadapan Majistret, S.Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Selain itu, difahamkan bahawa sebanyak enam buah kereta milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai polis yang dipercayai membunuh calon SPM setelah tamat prosiding di mahkamah.

Pihak polis juga telah mengambil langkah keselamatan dengan mewujudkan kawalan ketat di sekitar lokasi mahkamah.

Di samping itu, sebahagian media meluahkan rasa kecewa dengan sikap polis yang mengiringi suspek kerana tidak memberi ruang kepada jurugambar untuk mengambil gambar suspek.

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Malaysia Gazette, kedengaran permintaan jurugambar membuat permintaan kepada polis pengiring untuk memberi ruang agar mereka boleh mengambil gambar, tetapi tidak diendahkan oleh pegawai polis tersebut.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian netizen dengan kebanyakannya mempersoalkan tindakan polis pengirin tersebut.

Baca juga: “Kalau sehari tak kayuh beca badan lemau seperti tidak bertenaga”- Keadaan pengayuh baca Terengganu demi mencari rezeki