Media Vietnam namakan Park hang Seo sebagai coach baru Harimau Malaya

2 minggu lepas kecoh dengan perletakan jawatan dari Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon. Tiada angin, ribut tiba-tiba sahaja KPG membuat keputusan drastik itu sehingga ramai peminat bola sepak Malaysia yang kecewa dengan jurulatih dari Korea Selatan itu.

Namun hari ini, nama Park Hang Seo tiba-tiba menjadi sebutan untuk menggantikan KPG sebagai jurulatih baru Harimau Malaya. Ianya bertambah hangat lagi apabila media Vietnam turut membuat laporan eksklusif berkenaan perlantikan ini.

Media vietnam yang bernama Bongdaplus itu mendakwa Park Hang Seo merupakan calon utama yang sesuai menggantikan tempat Kim Pan Gon sebagai pengendali skuad Malaysia

Park Hang Seo kini merupakan penasihat kelab Bac Ninh FC di Vietnam dan dilaporkan turut diburu oleh satu lagi pasukan kebangsaan dari Asia Tenggara iaitu Kemboja.

Reputasi beliau bersama Vietnam cukup hebat kerana pernah membantu negara itu memenangi pelbagai kejuaraan dan meningkatkan kedudukan ranking FIFA sehingga berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.

Dalam satu temubual bersama stesen televisyen di Korea Selatan iaitu KBS, Park Hang Seo menegaskan beliau masih berminat untuk melatih negara lain dan mengesahkan ada tawaran daripada beberapa pasukan termasuk Singapura.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini mendedahkan pengendali berusia 66 tahun itu sanggup meninggalkan Vietnam untuk melatih Harimau Malaya.

“Untuk pengetahuan anda, Park Hang-seo sudah hampir nak datang (ke Malaysia ketika itu). Masa temuduga dengan saya, dia sanggup nak pecah kontrak untuk datang.

“Dan dia nak datang dan minat melatih pemain-pemain naturalisasi Malaysia. Malaysia dia kata pasukan berkualiti, ada Corbin, ada Sumareh, kita ada semuanya.

“Dan dia sanggup nak pecah kontrak ketika itu. Padahal dia sudah menang ( ketika bersama Vietnam) dengan kita ketika itu. Tapi dia teringin nak pergi Malaysia,” kata Hamidin ketika temubual dalam Bola itu life bersama Keeshaanan Sundaresan dan Faiz Gurun.

Pelantikan jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih skuad kebangsaan dianggap sebagai perancangan jangka masa pendek oleh FAM.

Prestasi beliau akan dinilai oleh FAM melalui dua kejohanan terdekat iaitu Pestabola Merdeka 2024, September depan serta kejohanan Piala Mitsubishi Electric 2024 hujung tahun ini.

baca: Stim ikan dah tak perlu ada pengukus! Yang penting rasa tetap ‘onz’ macam kedai siam