Melampau! Finas arah GSC tarik balik poster filem seram Sijjin, papar wanita rasuk dibaluti ayat Al-Quran

Meletakkan ayat al-quran dibaluti tubuh merupakan satu penghinaan kepada agama islam.

Namun, filem seram Sijjin dilihat menghina agama islam secara terang-terangan kerana menggunakan poster yang melibatkan ayat al-quran dan dipasarkan secara besar-besaran di Malaysia.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, bahkan perbuatan seperti itu boleh menyebabkan seseorang jatuh ke dalam kekufuran berdasarkan ijmak para ulama.

“Oleh demikian, pihak yang terlibat seharusnya lebih peka serta berhati-hati dalam perkara yang sensitif seperti ini supaya tidak menjadikan ayat al-quran sebagai bahan promosi dengan meletakkannya pada poster, gambar dan mana-mana tempat yang tidak sepatutnya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Penjelasan tersebut diberikan kepada persoalan mengenai poster filem seram yang tular di media sosial.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah mengarahkan Golden Screen Cinemas (GSC), pengedar filem seram yang diterbitkan oleh syarikat produksi Indonesia Sijjin untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

Tindakan tersebut diambil sebagai respons terhadap kontroversi yang timbul susulan poster rasmi yang mengundang kontroversi dengan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Poster tersebut memaparkan kalimah Allah dalam bahasa Arab pada kain hitam yang meliputi seorang wanita yang dipercayai sedang dirasuk.

Baca juga: Kecoh isu pengacara taktahu siang ikan, Watie Hanafiah ulas pertama kali jumpa mertua-“Semua benda saya mengaku saya bodoh”