Melaram habis ibarat artis nak ke acara berprestij tetapi wanita ini hanya ke gerai jual laksa dalam masa yang sama beliay tak sia-sia hasil tangan suami.
Melihat busana membuatkan pelanggan yang singgah terkejut melihat wanita itu melaram sakan seperti selebriti yang mahu ke acara berprestij.
Ibu kepada dua anak itu hanya peniaga yang menjual aneka makanan seperti laksa, bakso, ayam penyet, nasi campur dan pencuci mulut seperti kek batik.
Bercerita lanjut, Fatin Syazwani, 25, berkata, idea untuk memakai gaun di gerai itu tercetus daripada suaminya yang menghasilkan busana berkenaan.
Busana itu salah satu dipakaikanya kerana enggan ia disimpan saja dalam almari pakaian tanpa digunakan.
“Persalinan saya pakai ini adalah koleksi peribadi yang juga hasil tangan suami. Selalunya, saya pakai untuk ke kenduri kahwin, majlis atau acara keramaian.
“Sejak berniaga di sini bulan lalu, saya terfikir untuk pakai persalinan ini kerana daripada disimpan saja dalam almari, lebih baik saya gayakannya,” katanya ketika ditemui di gerainya dekat Persiaran Hamzah Alang, Meru, di sini.
Lapor Harian Metro, Fatin Syazwani berkata, walaupun cuaca sejak kebelakangan ini panas, dia tetap selesa menggayakan busana berkenaan.
Katanya, segelintir pelanggan suka melihat penampilannya tetapi ada juga yang mempersoalkannya.
“Pelanggan biasalah, ada yang suka sampai nak tempah baju dipakai.
“Tapi ada juga tanya tak rimas ke pakai tengah panas? Saya terima saja kerana tak ada masalah dan selesa saja.
“Lagipun, suami sudah buat jadi pakai saja kerana ini juga cara saya menghargai suami,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini, gerai makan tengah hari diusahakan dibuka setiap hari bermula 12 tengah hari hingga 6 petang dan mendapat sambutan memberangsangkan.
Baca juga: Ingat lagi iklan βTan Hong Ming Dilamun Cintaβ, ini wajah mereka dah 16 tahun rupanya