Pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia KL) atau lebih dikenali dengan roti Gardenia sangat sinonim dengan masyarakat di Malaysia.
Ia berikutan jenama tersebut adalah dari jenama tempatan serta mempunyai logo halal membuatkan ramai yang tidak mudah ‘move on’ dengan rasa roti tersebut.
Kerana itu ia antara roti yang kerap habis di kedai malahan harganya juga berpatutan.
Namun, tular di laman sosial Facebook di mana seorang individu menemukan harga bagi sebuku roti Gardenia yang tahun ini mencecah RM4.30.
Harga yang dipaparkan pada tahun 2003 hanyalah mencecah RM1.90 sahaja dan ia membuatkan ramai terkedu berikutan kos sara hidup yang makin tinggi.
“Penemuan bersejarah oleh netizen . Bukti harga roti gardenia sungguh enak dimakan begitu sajaaaaa….”
“Tahun 2003 – RM 1.90, Tahun 2024 – RM 4.30”
Ramai pengguna media sosial yang berpendapat kos sara hidup zaman kini sangat tinggi hingga roti juga mempunyai perbezaan harga yang sangat besar.
“tapi nk beli pon back pikir 10x , makan roti canai ja lg jimat”, kata Isma Redzuan.
“yang coklat tu kami merasa harga dia rm0.40 je dulu”, kata Mohd Rizal.
Baca juga: Capai 9A dalam SPM, Erysha Emyra ‘bengang’ ramai setuju trend kegagalan demi content