Memang ada ‘real flowers’ dan ranting kayu, ini maksud di sebalik baju Aina Abdul di AJL36

Tidak pernah gagal mencuri tumpuan dengan fesyen uniknya, penyanyi Aina Abdul menjadi perbualan umum apabila membawa gaya  ‘pokok bunga’ dan trofi keemasan berprestij ‘Grammy’ pada Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini.

Aina mengakui baju kedua yang digayakan ketika menyanyikan lagu Sepi itu diinspirasikan daripada trofi, Grammy Awards serta mempunyai maksud mendalam

“Sebenarnya, baju itu inspirasi daripada trofi Grammy Awards, Oscar dan termasuklah trofi AJL yang bersalut dan berona emas.

“Kita nak beritahu walaupun tak menang, kita tetap akan rasa seperti pemenang. Terima kasih kepada pereka busana tersebut, Tengku Syahmi. Dia juga orang sama yang buat baju ketika era ‘berdarah’ lagu Sumpah dahulu,” katanya.

Mengulas mengenai busana pokok bunga pula, Aina berkata gaya simbolik bunga mekar itu sesuai dengan perjalanan lagu didendangkan.

“Busana pertama (bunga) daripada Melinda Looi. Beliau beri input (pendapat) yang sangat baik. Saya cakap nak satu tema yang membawa maksud mekar berkembang sesuai dengan lagu.

“Akhirnya, jadi busana yang mega bertemakan bunga. Kami gunakan banyak ranting, bunga hidup dan juga bunga plastik,” jelasnya.

Dua tahun lalu, Aina dikecam teruk ketika menyanyikan lagu Sumpah apabila buasnya ‘berdarah’ sehingga ada yang mendakwa mempromosikan perbuatan membunuh diri.

COMMENTS