Antara barang yang kerap dibeli di pasar raya selain barang basah adalah sabun pencuci pinggan.
Pemilihan sabun pencuci pinggan kadangkala mencecah belasan ringgit kerana dipengaruhi faktor kualiti, sama ada ia pekat dan mampu menanggalkan kotoran atau ia hanya buih-buih biasa.
Namun jangan risau, anda boleh mencuba petua dari Ella Syuhaila ini yang telah mendedahkan cara yang sejak sekian lama digunakan untuk menambahkan sabun pencuci pinggan.
Dari sebotol anda boleh menjadikan ia enam botol dan tahan hingga 6 bulan.
Bahan-bahan:
1. 1 liter sabun basuh pinggan
2. 5 liter air
3. 1 cawan garam halus
Cara-cara penyediaannya:
Anda perlu menyediakan lima liter air kemudian bancuh garam halus dengan air yang panas.
Garam tersebut perlu dituangkan ke dalam bekas air 5 liter itu dan campurkan dengan 1 liter pencuci pinggan.
Kacau sebati semua bahan di dalam bekas besar itu.
Jangan risau, apa sahaja jenama pencuci pinggan anda boleh guna ya dan fungsinya masih sama.
Ia dapat menanggalkan kotoran dan minyak walaupun telah ditambahkan air. Jimat bukan?
Baca juga: Ini rupanya tips beli emas untuk pelaburan, jangan tertipu nanti rugi banyak