Menang pampasan RM6.5 juta, lelaki ini kaya automatik kerana tuan rumah ‘culik’ kucing kesayangannya

Seorang lelaki menerima pampasan bernilai AS$ 1.4 juta (kira-kira RM6.5 juta) setelah kehilangan seekor kucing kesayanganya.

Pada awalnya kucing tersebut mendapati hilang kerana telah ke tuan rumahnya dan mendawa beliau telah mencuri kucing tersebut.

Ekorang itu, pihak mahamah memutuskan beliau telah memenangi kes itu kerana mendapati tuan rumahnya mencuri kucing peliharaannya.

Mirror UK melaporkan, Joshua Smith, 41, menemui seekor kucing terbiar pada 2017 dan membawanya masuk di bangunan yang menempatkan individu yang menjalani pemulihan dadah di Portland, Oregon.

Bagaimanapun, kucing itu kemudian dilaporkan hilang.

Selepas dua tahun, Smith menyaman rumah pemulihan itu, Pinestreet LLC, dan pemiliknya, Devon Andrad. Smith mendakwa Andrad menangkap kucing baka Cheshire dinamakan Frank dan berusia tiga tahun itu.

“Mesej juri harus lantang dan jelas kepada tuan tanah.

“Kamu perlu menghormati hak penyewa, terutamanya dalam hal haiwan peliharaan,” kata peguam Michael Fuller, yang memenangi kes itu di Mahkamah Litar Daerah Multnomah pada Khamis lalu.

Menurut Oregon Live, tuan rumah itu memaklumkan dia meminta teman wanita untuk menghantar Frank ke tempat perlindungan haiwan.

Apabila doktor haiwan menemukan mikrocip dalam kucing itu, mereka mengembalikannya kepada pemilik asalnya.

Kes itu bukan dibawa ke mahkamah dengan tujuan menentukan siapa yang mencuri kucing itu tetapi sama ada Smith layak mendapat ganti rugi dan pampasan untuk tekanan emosi yang disebabkan menjadi mangsa kecurian haiwan.

Walaupun Smith memenangi kes berkenaan, dia tidak akan bersatu semula dengan Frank.

Smith merancang membeli kediaman sendiri yang boleh menempatkan banyak haiwan lain.

“Perkara yang paling penting ialah saya mendapat keadilan di mahkamah.

“Saya benar-benar bertuah kerana saya bercakap benar, tidak kira apa pun,” katanya.

Baca juga: “Jangan boikot McD, dia tak beri sumbangan kepada Israel pun” – Mufti Pulau Pinang