Menang, tapi duit RM21.26 juta dari Squid Game The Challenge belum dapat lagi

Sudah lebih 10 bulan berlalu, pemenang nombor 287 Squid Game The Challenge belum dapat duit RM21.26 juta sebagaimana telah dijanjikan.

Juara program realiti televisyen yang diidaptasi daripada karya drama bersiri popular Korea Selatan yang poular, Mai Whelan mendedahkan masih belum menerima wang kemenangannya.

Wang itu masih belum dimasukkan ke dalam akaun banknya meskipun menerusi episod terakhir yang ditayangkan di Netflix menunjukkan produksi rancangan telah selesai berbuat demikian.

Menurut Mai yang berusia 55 tahun apa yang ditayangkan di televisyen itu sekadar drama atau gimik daripada pihak produksi.

“Sewaktu memenangi pertandingan realiti itu, saya rasa seolah-olah diri ini bagaikan Tom Cruise dalam filem Jerry Mcguire. Sekarang, mana semua wang saya?”katanya kepada media antarabangsa baru-baru ini.

Jelas Mai, dia telah merancang untuk menggunakan wang kemenangan tersebut untuk membeli sebuah kediaman yang selesa selain membuat sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, ia termasuk membantu badan kebajikan haiwan liar dan badan perubahan iklim.

Menerusi program Squid Game : The Challenge, Mai yang memegang nombor 287 berjaya mengenepikan 455 peserta lain dan menjadi juara pertama program berkenaan yang telah tamat penggambarannya pada Februari lalu.

Dalam pada itu, menurut sumber, pemenang pertandingan realiti telah dimaklumkan bahawa wang kemenangan mereka hanya akan dimasukkan ke akaun setelah episod terakhir program selesai ditayangkan mengikut jadual di kaca televisyen.

Baca juga: Makan dengan nasi panas-panas ‘confirm’ menambah, tak susah pun buat perkasam daging ini rupanya