Menangis teresak-esak, anak-anak seronok nak naik cruise-Ibu bapa malang lupa nak renew pasport

Menangis teresak-esak malah anak-anak sangat seronok dan tak sabar nak naik cruise rupanya ibu bapa terlupa untuk perbaharui pasport.

Pasport merupakan dokumen perjalanan yang paling penting sekali dibawa sebelum bercuti ke sesebuah negara kerana ia membuktikan identiti serta kewarganegaraan seseorang.

Pasport perlu diperbaharui sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh dan anda akan berdepan masalah tidak dibenarkan berlepas ke negara tujuan anda jika baki ‘validity’ kurang dari 6 bulan.

Ini sebagaimana yang berlaku terhadap seorang pengguna TikTok @azuraww_ di mana dia tidak boleh menaiki kapal persiaran mewah selepas pasport miliknya hanya berbaki 1 bulan sebelum tamat tempoh.

Dia menzahirkan rasa sedih apabila tidak dapat menaiki kapal persiaran mewah tersebut bersama-sama keluarganya.

Bertambah kecewa apabila agensi yang menguruskan tiket tidak memberitahu dia dan keluarga untuk perbaharui pasport mereka 6 bulan sebelum tamat tempoh serta berharap dapat menukar tarikh percutian atau ‘refund’.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang diterima oleh wanita itu sekeluarga.

Malah, para netizen mengatakan sepatutnya agensi itu memberitahu mereka sekeluarga dan ada juga yang mengatakan sepatutnya dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana di belakang pasport ada tertulis bahawa perlu perbaharui 6 bulan sebelum tamat tempoh.

@azuraww_

I anxiety naik flight. Takut naik flight. Dah dapat chances nak kapal laut rasa seronok sgt. Dgn anak2 plak tu. I mmg dah plan this special for them. Tapi Allah tak izinkan. Yang dapat naik anak sulong i seorang. Kami berempat (saya, suami. Aishah dan amir) x dapat naik. Try call the pic tak angkat2. Cuma saya berharap duit saya dapat refund untuk saya naik cruise lain atau trip yg lain at least. cruise worldcruise resortworldcruise cruisemalaysia

♬ original sound – AZURAWW | FOUNDER AJNAA – AZURAWW | FOUNDER AJNAA