Pempengaruh media sosial Alif dan Aisyah Hijanah Azhari pagi ini kelihatan di perkarangan mahkamah bersama pihak SPRM bagi proses mendapatkan permohonan reman bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka.
Turut kelihatan adalah menantu kepada bekas menteri Agama dari Pas, Mohamad Basri Ibrahim yang juga CEO Jam Buruj.
Sebelum ini Basri didakwa terlibat dalam sindiket mengutip derma orang ramai untuk menjalankan perniagaan miliknya sendiri.
Menerusi pendedahan laman Facebook Scam No One iaitu kumpulan yang aktif mendedahkan sindiket penipuan (scammer), ia mendakwa penipuan dilakukan menggunakan sebuah platform kutipan derma, iaitu Jom Donate.
Jom Donate didakwa tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma dari orang ramai.
Pemegang saham terbesar di Jom Donate dikatakan seorang CEO jam buruj, yang juga pemilik dan pengedar kurma jenama The Haramain.