Menara tertinggi 700 meter bakal dibina di Malaysia, lebih tinggi dari Merdeka 118

Menara tertinggi 145 tingkat bakal dibina di Malaysia lebih tinggi dari Merdeka 118 ia dikatakan mirip Tower M, yang mungkin akan dibina berhampiran Menara KLCC.

Selepas kejayaan Merdeka 118, Malaysia dikatakan bakal menerima satu lagi bangunan tertinggi dengan ketinggian mencapai 700 meter.

Melalui hantaran yang tular di aplikasi X, akaun @skycrapersMY berkongsi satu foto yang dilapor dalam persidangan antarabangsa anjuran KLCC Holdings.

Menara di dalam ‘slide’ pembentangan tersebut mirip Tower M, iaitu pencakar langit 145 tingkat yang mungkin akan dibina berhampiran Menara KLCC.

Foto ilustrasi Tower M ini pernah disiarkan di laman web firma arkiteknya (kemudian dipadamkan selepas fotonya tular): pic.twitter.com/P9DPm63Orl

Sehingga kini ia masih belum ada sebarang kenyataan rasmi terkini dibuat mana-mana pihak termasuk dari pemaju.

Menurut akaun @skycrapersMY lagi, cerucuk asasnya telah dikatakan ditanam sejauh 150-meter ke dalam tanah di podium Lot M berhadapan MRT Persiaran KLCC, iaitu lebih dalam daripada cerucuk asas binaan menara Burj Khalifa.

Tapak asas Tower M ini terletak di podium Lot M berhadapan stesen MRT Persiaran KLCC https://t.co/aOYzPqh1yJ

Tambah akaun @skycrapersMY lagi, cerucuk asasnya telah dikatakan ditanam sejauh 150-meter ke dalam tanah di podium Lot M berhadapan MRT Persiaran KLCC, iaitu lebih dalam daripada cerucuk asas binaan menara Burj Khalifa.

Pada tahun 2022, Malaysia telah merekodkan lebih 1,000 bangunan pencakar langit.

Malay, Malaysia telah mencipta sejarah apabila mempunyai bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118 dengan ketinggian 679-meter yang terletak di bekas Taman Merdeka.

Baca juga: Batalkan hasrat ke New York, Uyaina ditahan di USA “mungkin fikir saya ni orang Arab”