Tular video di laman sosial berkenaan sekeluarga yang mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi Muhammad itu adalah Allah dan Allah adalah sebaliknya.
Video itu memaparkan sekeluarga yang pada mulanya memperkenalkan diri dan mendakwa apa yang mereka percayai adalah perkara benar.
“Saya bersetuju bahawa Nabi Muhammad memegang jawatan Allah dan Dia juga merupakan Nabi Muhammad SAW”.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh selebriti Caprice atau Ariz Ramli, beliau meminta agar dalang kepada ajaran sesat ini segera diberkas.
Dia juga mengingatkan bahawa keluarga ini tidak bersalah namun yang harus dipersalahkan adalah pengasasnya.
“Siasat dengan lebih lanjut siapa bawa ajaran sesat ni dekat Malaysia. Sebenarnya saya tak salahkan keluarga ni 100 peratus.
“Yang lagi penting kita nak tahu siapa dia punya cikgu (ketua ajaran sesat) dan sifu.
“Semoga mereka ini dapat ditangkap, InsyaAllah,” ujarnya.