Mengapa Malaysia menjadi pilihan utama untuk pekerja asing? Ini jawapannya…

Tahukah anda Malaysia merupakan negaran yang menjadi pilihan utama kepada siapa? Ya, kepada warga asing Malaysia menjadi tempat mereka mencari duit.

Kenapa Malaysia? Kerana Malaysia mempunyai kos sara hidup, ketersediaan perumahan, prospek kerjaya, kehidupan sosial dan kualiti rawatan perubatan.

Satu laporan yang menyenaraikan destinasi terbaik dan terburuk oleh ekspatriat telah dikeluarkan baru-baru ini, lapor Next Shark.

Laporan bertajuk “Negara Ekspatriat 2023,” diterbitkan oleh Internations, sebuah komuniti global terbesar untuk mereka yang tinggal dan bekerja di luar negara.

Syarikat itu meninjau lebih daripada 12,000 ekspatriat yang mewakili 171 warganegara yang tinggal di bermacam-macam negara.

Menurut Internations, kaji selidik ini dilakukan dengan memberi fokus kepada 56 aspek kehidupan ekspatriat, seperti kos sara hidup, ketersediaan perumahan, prospek kerjaya, kehidupan sosial dan kualiti rawatan perubatan.

Melalui kaji selidik tersebut, organisasi ini mendapati bahawa destinasi Asia paling popular di 10 negara teratas yang disenaraikan oleh ekspatriat iaitu Malaysia (No. 4), Taiwan (No. 5), Thailand (No. 6) dan Filipina (No. 8).

10 destinasi teratas lain termasuk Mexico (No. 1), Sepanyol (No. 2), Panama (No. 3), Costa Rica (No. 7), Bahrain (No. 9) dan Portugal (No. 10).

Bagi destinasi yang paling kurang popular untuk ekspatriat, 10 tempat terbawah termasuk Jepun (No. 44), New Zealand (No. 45), Malta (No. 46), Itali (No. 47), Afrika Selatan (No. 48) , Jerman (No. 49), Korea Selatan (No. 50), Turki (No. 51), Norway (No. 52) dan Kuwait (No. 53).

Baca juga: Misteri Kubur Panjang di Pendang berpunca daripada pergaduhan adik beradik yang bersabung ayam. Ini kisahnya…