Seorang pengguna X, @_yunn_96 menyatakan banyak inisiatif menarik disediakan kerajaan Madani untuk pelbagai segmen rakyat tetapi ramai tidak tahu.
Dia dan sendiri katanya sudah menikmati inisiatif di bawah Geran Digital PMKS yang membolehkan usahakan memperoleh ‘device’ percuma.
“Tahun lepas usahawan dapat geran digital. Tahu pun dari kawan terus mohon.
“Mulanya nak beli laptop baru tapi rezeki dapat laptop percuma,” katanya menerusi platform X.
Selain itu, kata beliau, ibunya juga dapat laptop percuma.
Malah, selain laptop, @_yunn_96 turut memperoleh telefon percuma di bawah GPJDM serta empat bulan latihan kerja dengan elaun RM2,000 sebulan.
“Kebanyakannya, orang tahu STR dengan yang klinik tu je,” katanya lagi.
BACA JUGA “Merangkaklah engkau di Padang Mahsyar” – Diva AA mengamuk marahkan penjual air tebu basi