Mengejutkan! Malaysia antara negara yang tertinggi ramai orang bujang

 Laporan Harian Metro semalam sedikit menggemparkan negara. Mana tidaknya, portal tersebut melaporkan Malaysia duduk di negara ke 3 paling ramai orang bujang di Asia Tenggara. Terkejut kan?

Menurut Harian metro, ‘SeaAsia Stats’ merekodkan bahawa Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara di Asia Tenggara dengan 44.68 peratus penduduknya dikenal pasti sebagai individu bujang.

Dalam data itu juga meletakkan Malaysia di belakang Filipina yang berada di tempat pertama dengan 49 peratus daripada populasinya berstatus bujang, diikuti Brunei dengan 44.9 peratus.

Kemboja, Myanmar dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan 44.6 peratus, 29 peratus serta 23 peratus.

Ia diikuti Indonesia (22 peratus), Singapura (20 peratus), Laos (17 peratus) manakala dua negara dengan individu bujang terendah adalah Vietnam (16 peratus) dan Timor-Leste (13 peratus).

Menerut data itu, kajian itu berdasarkan sumber daripada Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021.

Menurutnya, daripada 1970 hingga 2021, PBB mengumpulkan data perkahwinan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.

Data itu mendapati, pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, termasuk pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi serta meningkatnya keperluan sosial mereka yang masih bujang.

Baca: Malu baju asyik berbau sebab almari masam? Tips rahsia ini guna bahan kat dapur je..baju ‘auto’ wangi!