Mengejutkan!! Mangsa Banjir ambil ketuhar dalam Mydin tampil beri penjelasan

Sebelum ini tular gambar mangsa banjir membawa kotak berisi ketuhar keluar daripada pasar raya Mydin.

Pihak Mydin dalam satu kenyataan telah menghalalkan keperluan makanan yang diambil mangsa banjir untuk kelansungan hidup dan bukannya niat sebaliknya.

Lantaran penularan gambar tersebut, wanita dalam gambar itu terima kecaman hebat netizen. Oleh itu, wanita tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung perkara itu.

Menerusi sebuah video, wanita tersebut menjelaskan bahawa kotak itu digunakan bagi mengisi makanan yang ingin dibawa pulang seperti biskut dan sardin sekaligus menafikan dakwaan netizen bahawa dirinya membawa pulang ketuhar.

Difahamkan wanita tersebut hanya mengambil makanan diperlukan untuk anaknya yang sudah 3 hari tidak makan. Malah, wanita itu turut meminta maaf kerana mewujudkan salah faham melalui tindakannya itu.

sumber : Tvocket