Semenjak kita dilahirkan, pasti ada rezeki yang akan diterima dan bakal diterima kerana semuanya diberikan oleh Allah SWT.
Rezeki bukanlah hanya dari wang ringgit, namun ia meliputi kesihatan, kecantikan, kebahagiaan dan juga ketenangan.
Namun apa yang dilakukan oleh wanita ini sedikit sebanyak mengguris wanita lain yang sedang bersosial di laman sosial Tiktok itu.
Pengguna tiktok yang dikenali dengan nama Eyna Abdullah itu sedang berkongsi video yang menunjukkan dirinya sedang enak makan durian Musang King namun ada pengguna lain yang meninggalkan komen kurang enak.
“Makan sedap up (muat naik) dekat sini. Kasihan kami yang tak mampu nak beli durian ini.
“Hanya mampu tengok dan telan air liur je,” tulisnya di ruangan komen.
Wanita tersebut enggan melatah, namun turut membalas komen sedemikian.
“Salam sis, saya ada tengok TikTok awak ada anak, comelnya. Sis tahu tak saya 12 tahun kahwin belum ada rezeki anak.
“Rezeki kita tak sama. Cuma bersyukur dengan apa kita ada. Saya doakan murah rezeki sis sekeluarga,” ujar Eyna membalas komen wanita tersebut.
Perkongsiannya itu turut membangkitkan kemarahan netizen yang rata-ratanya tidak suka dengan situasi yang berlaku.
“Semaknya orang macam ini. Nak makan apa pun kena fikir perasaan dia pula,” tulisnya.
“Masalah orang lain ke masalah iri hati dia. Pening la dia ni.
Melalui semakan, wanita tersebut telah memadamkan postingnya selepas komennya itu dikecam ramai yang rata-ratanya tidak bersimpati dengan individu itu.
Baca juga: Video Aisyah Hijanah mengamuk marah staff tular