Anak lelaki Dato Ac Mizal semasa menikah baru-baru ini, langsung tidak kelihatan kelibat ayahnya sehinggakan beliau tidak dapat menahan air mata.
Ada netizen mula beranggapan mungkin ayahnya tidak datang menyaksikan hari berbahagianya itu.
Ramai yang tidak mengetahui mengenai keberadaan anak Dato Ac Mizal dengan bekas isteri yang pertama perkahwinan beliau terdahulu bersama Shafnie Zainuddin yang telah bercerai pada 17 oktotber 2001.
Perkahwinan terdahulu mereka di kurniakan dua orang anak lelaki yang bernama Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman.
Terbaru di laman sosial tiktok setelah sekian lama menyepi terlihat anak Dato AC Mizal melangsungkan pernikahan tanpa seorang ayah di sisi.
Itu membuatkan anaknya menjadi sebak dalam video tersebut terlihat adik lelakinya memeluk abangnya untuk menenangkan beliau.
Ada di antara netizen memberikan komen yang positive dan ada juga merasa kasihan kepada anak AC Mizal itu, mana tidaknya di hari bahagia beliau orang penting tak datang.
Baca juga: “Lain macam betul dia punya pisau roti!” – Netizen ‘tersembur’ tengok Hanis Zalikha potong roti