Mentaliti kelas ketiga! Baru seminggu dibuka, taman permainan interaktif air TRX Exchange rosak teruk

Baru seminggu dibuka namun sudah rosak teruk!

Melalui satu hantaran akaun @SkyscrapersMY di laman X, dapat dilihat penghalang diletakkan di taman permainan air interaktif tersebut untuk tujuan kerja-kerja pembaikan.

“Tak sampai seminggu dibuka, permainan interaktif air di ‘mall’ Exchange TRX rosak dan terpaksa ditutup buat sementara.

“Permainan tersebut memang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain air, tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi berendam atau berkubang,” demikian ciapan yang ditulis pada akaun berkenaan.

@siapalin

Kemon everyone, we can do better. Lets approciate things more lagi lagi bende free 🥺♥️ Anyways boleh je main air, bilik shower pun disediakan. Overall best!! Air terjun tu tak pasti leh mandi ke tak tapi kalau boleh trx mmg santaiii ~ #trxplayground #waterplay

♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa
Tiktok

Untuk makluman, TRX Exchange Mall adalah sebuah kompleks beli-belah yang baru dan menempatkan pelbagai outlet berjenama mewah seperti Balenciaga, Chanel, Dior dan sebagainya.

Selain itu, satu lagi tarikan yang menarik perhatian pengunjung adalah taman permainan air interaktif yang dilengkapi dengan air pancut.

Fasiliti ini awalnya dibina khusus untuk aktiviti rangsangan deria kanak-kanak, namun ia ‘disalahgunakan’ oleh pengunjung sebagai waterpark.

Malahan, gelagat pengunjung terutama kanak-kanak yang bersuka ria di taman permainan air tersebut menjadi viral di media sosial.

Ia turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial yang rata-rata merungut kerana ramai yang menyalahgunakan fasiliti yang disediakan.

“Yang mak ayah pun tak ada common sense. Nampak macam tu tempat berendam ke?

“Apabila mak ayah M40 B40 bawa anak pergi berhibur dekat tempat T20

“Semua buat perangai macam tak pernah nampak air.

“Fasiliti kelas pertama, mentaliti kelas ketiga,” demikian antara komen netizen.

Baca juga: Akhirnya Starbucks dan H&M ambil keputusan tutup semua cawangan